Thursday, December 13, 2007

Cetusan Untuk Menulis Datangnya dari Allah SWT

Assalamualaikum. Sekadar berkongsi pengalaman menulis dengan ikhwah dan akhawat sekalian. Moga dapat manfaat bersama, insyaAllah. Berikut adalah rentetan persoalan dari seseorang yang bertanya tentang bagaimana untuk menghasilkan penulisan yang baik ?. Ana cuma bawakan untuk dikongsikan bersama...

Assalammualaikum

Kepada saudari yang bertanya,

Sedikit perkongsian untuk menghasilkan artikel yang baik.

Pengalaman ana dalam menghasilkan artikel ini memerlukan beberapa persediaan, antaranya ialah persediaan

1. Ilmu
2. Persepsi

Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu?

Di dalam Surah Al-Alaq, Allah SWT ada menyebut tentang "Dan Dialah yang mengajarkan manusia tentang apa yang tidak diketahuinya....". Ayat ini bermaksud, manusia harus mendapatkan persediaan ilmu dalam segenap perkara. Dan sumber ilmu yang paling besar ialah dari Allah SWT. Persoalannya, bagaimana untuk mendapat ilmu dari Allah? Jika kita melihat sunnah Nabi kita, baginda mendapat ilmu direct daripada Allah dan bukannya dari kelas-kelas kuliah...bagaimana untuk mengundang ilmu dari Allah dan bukannya dari sumber yg lain (contohnya ilmu atau keputusan?). Firman Allah di dalam Al-Quran ada menyebut tentang "..hanya orang yang mukhlas (ikhlas) maka aku (iblis) tidak dapat memesongkannya..". Ayat ini bermaksd, iblis atau syaitan juga adalah sumber unseen yg mampu mengajak manusia melakukan tindakan. Jika iblis membisik di telinga hati manusia, manusia akan bergerak berlandaskan getaran hatinya yang telah digetarkan olh iblis. Manusia hakikatnya memang tidak tahu (base on ayat pertama tadi, dan hanya Allah sahajalah yg menjadi sumber ilmu).

Jadi disini, ana sekadar berkongsi agar saudara/i sentiasalah ikhlas (mukhlas) dalam mencari ilmu dari Allah. Jika kita benar-benar mengharapkan ilmu atau hidayah dari Allah, pasti ia akan datang dalam bentuk energi ilmu atau ilham yang tidak ada di dalam pemikiran dan hati manusia. Itulah keistimewaan bagi orang yang dapat menulis sesuatu yg hebat dan mampu menggetarkan diri hati manusia lain ketika membacanya, ianya adalah bersumberkan dari Allah sebenarnya, bUkan dari diri sendIri. Kita ini hanyalah seperti kabel-kabel yang menjadi penyalur maklumat........istighfar, doa dan ikhlas, insyaAllah ilmu dari Allah akan meresap masuk ke dalam diri kita..insyaAllah

Kedua adalah berkenaan dengan persepsi.

Persepsi bermaksud sudut pandang. Jika kita melihat sesuatu perkara, apakah sudut pandang kita ke atasnya? Adakah ianya pesepsi yang mampu meningkatkan iman atau tiada apa-apa makna? Atau sudut pandang itu mampu meningkatkan keyakinan atau kemungkaran? Di sini ada sebah hadith (ana dah lupa sumbernya,astagfirllah) menyebut tentang DiriNya yang Maha Agung;

"..Aku (Allah) adalah menurut prasangka hambaKu;"

Maksudnya (dari pandangan ana sendiri), untuk memahami dan meyakini sesutu perkara itu haruslah berdasarkan persepsi kita. Jika persepsi kita ini, maka tindakan kita juga akan menjadi ‘ini’. Jika persepsi kita ’itu’ , maka tindakan kita ialah ‘itu’. Inilah yang dikatakan persepsi. Sudut pandang adalah amat mempengaruhi dalam segenap tindakan mansuia. Jika salah persepsi, kita mngkin akan binasa, jika persepsi kita benar berdasarkan kepada keimanan dan ilham dari yang Maha sumber Ilmu(ya aliim), maka kita akan menuju kepada kejayaan….

Jadi di dalam penulisan, untuk kita menghasilkan penulisan yang baik, kita harus ada persepsi yang ‘berorbitkan’ iman dan takwa. Maksudnya. Setiap ayat yang hendak ditulis, perlulah mengandungi refleksi ayat Quran atau hadith. Mengapa harus ada orbit ayat2 Quran dan hadith, kerana ia mengajar manusia tentang apa yang tidak diketahuinya…..

Wallahualam

Dikemaskini ( Sunday, 09 December 2007 )
oleh Mohd Syamil Mohd Yusuff

Wednesday, December 12, 2007

Ayuh Sertai!!

B ENGK E L PENUL ISA N

Bersama

P T S

Anjuran bersama

K- Media + SI SM A + PT S

15 Disember 2007

Sabtu

9.00 pg - 5.00 ptg
(Pendaftaran jam 9.00-9.30pg)

Classroom 4, Masjid Sultan Hj Ahmad Shah,
UIA Gombak

Ayuh sertai bengkel ini dan anda bakal menjadi penulis kumpulan PTS

Tempat adalah terhad! 20 org shj!

Hanya RM3!

TERBUKA KPD SEMUA!

Berikan nama, no hp, lokaliti/institusi kepada :
Juwairiya Zulkifli 019-6900 564

Monday, December 10, 2007

Perhimpunan KARISMA Nasional 01 : Perhimpunan Kali Ke-8

Assalamu`alaikum. ..

Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
Sejak pelancaran pada 2 Mei 1999, alhamdulillah kita telah mengadakan PKN sebanyak 7 kali seperti berikut :

6 Januari 2001 - Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Bangi, Selangor (KZ1)

2 Februari 2002 - De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor (KZ3)

18 Januari 2003 - Auditorium Kuliah Kejuruteraan, UIAM Gombak, Selangor (KZ2)

17 Januari 2004 - Kolej Dar Al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor (KZ1)

15 Januari 2005 - Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor (KZ3)

21 Januari 2006 - Auditorium Utama, Kuliah Senibina dan Reka Bentuk Persekitaran, UIAM Gombak, Selangor (KZ2)

13 Januari 2007 - Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU (PLPP), Bangi, Selangor (K-DHL)

Perhimpunan tahunan ini dilihat amat penting sebagai tempat pimpinan dan ahli berkumpul untuk kita sama-sama muhasabah diri dan organisasi, memberi ruang kepada perwakilan untuk bersuara menyatakan hasrat, melontarkan pandangan, memberi cadangan, membulatkan tekad serta mencari kesepakatan agar dakwah kita terus mekar di muka bumi Allah ini.

Insya Allah buat pertama kalinya, kita akan mengadakan PKN di luar selangor dan diadakan dua kali PKN dalam tahun yang sama. Bukanlah sengaja untuk membuat perubahan. Tetapi, sebagai memberi peluang kepada K-Negeri lain untuk menganjurkan PKN dan diharapkan dengan pengalaman ini dapat melonjakkan aktivisme di sesuatu tempat. Ada pro dan kontra, namun belum cuba belum tahu

K-Perak dipilih sebagai penganjur bersama untuk menganjurkan PKN kali ini (PKN 1207). Dan kini, JK PKN dari K-Perak sedang bertungkus lumus dalam usaha menganjurkan PKN ini. Mari kita doakan mereka dan berusaha memberi kerjasama terbaik agar mereka juga dapat melaksanakan yang terbaik. Seperti dalam hebahan, PKN 1207 akan diadakan di Dewan Auditorium Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak

PKN dibuat pada hujung tahun agar kita punya banyak masa untuk fasa perlaksanaan pada masa-masa akan datang. Tarikh PKN 1207 akan diadakan pada 29 Disember 2007, Insya Allah.
Update terkini menunjukkan baru 25 orang yang mendaftar. Masih jauh dari sasaran. Kini, ada 20 hari sahaja lagi sebelum berlangsunya PKN 1207. Jom, kepada K-Negeri/K-Daerah/ K-IPT?K.I. G. yang belum mendaftar, cepat mendaftar.. Kita meriahkan PKN tahun ini!!

Moga Allah permudahkan segalanya

Sekian dahulu untuk siri penulisan yang pertama. Insya Allah berjumpa lagi di siri kedua "Perhimpunan KARISMA Nasional 02 : Tema PKN 1207"

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

Monday, December 03, 2007

Akan Datang..

~Bismillahirrahmani rrahim~

PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL
(PKN )
InsyaAllah akan berlangsung pada

29 DISEMBER 2007

bersamaan dengan

19 ZULHIJJAH 1428H

Hari Sabtu

Bertempat di

Dewan Auditorium Institut Tadbiran Islam (INTIM)

IPOH PERAK

Anjuran

Karisma Nasional

Dengan Kerjasama

Karisma Perak


Pendaftaran dibuka sekarang kepada ahli dan pimpinan KARISMA!



Sertakan nama penuh, No IC, No Telefon, Lokaliti, Jawatan dan Status Peserta dan hantarkan ke email rasmi PKN 1207, pkn1207@gmail. com


Jazakumullahukhairan kathira



JK Promosi & Publisiti

PKN 1207

Tuesday, October 23, 2007

Syeikh Abu Bakar: tetaplah istiqamah sehingga dipilih Allah membebaskan Al-Aqsa

Jumaat, 28 September 2007 bersamaan 17 Ramadhan 1428 H, Indonesia menerima kunjugan seorang pejuang Palestine yang istimewa. Syeikh Abu Bakar pernah ditangkap sebanyak 5 kali oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan beliau buta. Beliau yang datang sebagai memenuhi jemputan Eramuslim (http://www. eramuslim. com/) dalam Majlis Iftar Jama’iy itu mengenakan pakaian gamis putih dan turut memberikan ucapan kepada hadirin.

Bismillahirahmanira hiim, Assalamu’alaikum warah*matullahi wabarakatuh,

Saya mencintai kamu semua karena Allah, mengapa saya mencintai kalian karena Allah? Karena kalian hamba-hamba- Nya, yang berpuasa, yang mendirikan solat lima waktu, yang memberi sedeqah, mengeluarkan zakat, serta beramal hanya kerana Allah, ikhlas. Dan jangan lupa, “Sesungguhnya kemenangan kaum Muslimin itu semata-mata hanya kerana ketaatan kita kepada Allah SWT. Jika kita jauh dari Allah dan tidak taat kepada Allah, maka kemenangan akan menjauhi kita. “Saya teringat suatu pesan dari Umar ibn Khattab kepada Saad Abi Waqqash yang mengatakan bahawa nasab kita hanya dihitung jika kita taat kepada Allah. Sesungguhnya, kita dengan musuh-musuh kita adalah sama. Yang membezakannya hanyalah mereka bermaksiat dan tidak beriman kepada Allah, sedangkan kita—mengapa kita perlu menang atas kaum kafir dan musuh-musuh Allah, semata-mata kerana kita beriman dan taat kepada Allah. Jika kita melakukan kemaksiatan seperti yang mereka lakukan, maka kita akan kalah dan terhina di hadapan kaum kuffar. “Sesungguhnya kemenangan itu tidak akan datang kecuali atas izin pemiliknya, iaitu Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi.”

Saya di sini berbicara kepada anda semua atas nama bangsa Muslim Palestine yang dijajah oleh Zionis-Israel, saya juga berbicara di hadapan kalian ini atas nama pejuang-pejuang Palestine, iaitu HAMAS, saya juga berbicara di hadapan kalian atas nama seluruh ulama-ulama Palestine yang diusir dari negaranya, saya akan memberikan beberapa maklumat terkini tentang apa yang terjadi terhadap kaum Muslimin Palestine:

Pertama, sekarang terdapat lebih dari 7000 keluarga syuhada yang ditinggalkan oleh suaminya atau anaknya atau keluarganya yang syahid, iaitu dari intifada pertama hingga intifada kedua.

Yang kedua, sekarang terdapat lebih dari 50,000 kaum Muslimin Palestine yang terluka dan cacat akibat penangkapan dan penyiksaan yang dilakukan kaum Zionis-Israel. Saya juga ingin menyatakan kepada kalian semua kaum Muslimin, sekarang terdapat lebih dari 12,000 orang tawanan yang masih berada di penjara-penjara Israel. Mereka mengalami berbagai penyiksaan bahkan banyak yang sampai menemui syahid atau cacat seperti saya.

Saya juga ingin menyatakan bahawa ada lebih dari 10,000 rumah kaum Muslimin Palestine itu dihancurkan oleh tentara Zionis Israel dan sekarang ini kami dipisahkan dengan adanya pembangunan tembok-tembok pemisah yang sangat kukuh dan tingginya sampai 10 meter. Sehingga sekarang ini kami dipisahkan dari rumah-rumah kami, kami dipisahkan dari hospital kami, kami dipisahkan dari universiti-universi ti kami, dari jiran-jiran kami sehingga kaum perempuan kami pun untuk melahirkan anak di hospital pun tidak boleh. Ramai wanita-wanita kami terpaksa melahirkan anak di pinggir-pinggir jalan sahaja atau pun di perbatasan-perbatas an yang sengaja dibuat oleh tentara-tentara Zionis-Israel.



Sekarang ini terdapat 500,000 kaum Muslimin Palestine yang tidak boleh bekerja kerana cacat dan lumpuh seumur hidup disebabkan penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Zionis ke atas kami. Dahulu kami, sekitar 500,000 Muslim Palestine boleh menunaikan solat berjamaah di Masjidil Aqsa, tetapi sekarang kami hanya boleh melakukan solat di Masjidil Aqsa sekitar 50,000 orang sahaja itu pun dengan satu syarat iaitu mestilah berusia 50 tahun ke atas.

Dan perlu diketahui juga bahawa sekarang ini Al-Aqsa sedang berteriak memanggil umat Islam yang berada di seluruh dunia kerana sekarang ini Al-Aqsa tinggal masa menunggu keruntuhannya. Di bawah Al-Aqsa, Zionis-Israel telah melakukan penggalian di sana-sini, kononnya untuk di buat parit-parit dan sebagainya, yang akhirnya jika Al-Aqsa akan runtuh dan di atasnya akan dibangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Wahai Saudaraku, selamatkanlah Al-Aqsa, kerana Al-Aqsa ini akan segera runtuh jika kaum Muslimin tidak segera membantunya. Saya juga akan menyampaikan khabar tentang pejuang-pejuang kaum Muslimin Palestine, terutama HAMAS:

Pertama, kami sesungguhnya telah berjaya di dalam pilihanraya umum, HAMAS berjaya memenangi kerusi parlimen dengan memperolehi 60% dan kami juga berjaya mengusir keluar tentera Zionis-Israel dari Semenanjung Gaza yang panjangnya 350 kilometer, sehingga kini tentara Zionis-Israel tidak mampu lagi untuk masuk ke Semenanjung Gaza walau hanya sejengkal pun. Allahu Akbar!

Kedua, Dan kami juga ingin menyampaikan berita bahawa kami telah kembali membangunkan hospital-hospital, universiti-universi ti Islam di Gaza, dan kami juga berjaya dengan dakwah dan tarbiyah kami sehingga kami dapat menciptakan generasi-generasi Islam yang dekat dengan Al-Qur’an dan As sunnah Rasulullah SAW.

Saya sendiri khuatir, bukan khuatir dengan pejuang-pejuang, para mujahidin Palestine, tetapi saya kuatir dengan diri saya dan kalian semua yang ada di Indonesia yang sekarang masih menunggu di jalan jihad. Kita sedang menunggu untuk sampai tiba di sana, tetapi mereka telah ada di sana dan menunggu untuk boleh mendapat syahid atau hidup mulia. Jika kita semua ingin tiba di sana, berdoalah kepada Allah dan tetaplah istiqamah sehingga nantinya kita termasuk orang-orang yang dipilih Allah untuk membebaskan al-Aqsa dan kita boleh melaksanakan solat berjamaah di sana dengan aman. Mungkin ini saja dari saya,

Wa bilahi taufiq wal hidayah, Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sumber : http://www.palestinkini.info dan http://www.eramuslim.com


Thursday, October 11, 2007

Perutusan Syawal 1428H

Assalamualaikum w.b.t.

Kini, kita sudah pun berada di penghujung Ramadhan 1428 H. Mari kita panjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. kerana atas keizinanNya jua kita dapat melalui tarbiyyah ramadhan ini sekali lagi pada tahun ini. Syukur juga kerana dengan taufik-Nya, dapat kita kita menunaikan ibadah serta memanfaatkan masa sebaiknya di bulan ini. Mari kita doakan bersama agar kita dapat berjumpa lagi dengan ramadhan-ramadhan yang akan datang, insya Allah.

Berlalu ramadhan, kini syawal pula menjelma. Alhamdulillah, sekali lagi syukur kepada Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya, dapat kita semua, umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sesungguhnya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam yang telah melalui ujian sebulan di bulan Ramadhan dalam rangka usaha untuk mencapai darjat taqwa dan mencari keredhaan Allah s.w.t.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dengan harapan agar tarbiyyah yang dilalui di bulan Ramadhan ini dapat membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan diri ini sama ada secara sedar atau tidak.

Di hari yang mulia ini, mari kita ambil peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita, sesama ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh masyarakat. Jauhkan rasa iri hati, dendam, dan prasangka demi kesatuan ummah. Hidupkan juga budaya ziarah menziarahi sanak saudara, para ilmuwan, sahabat handai dan kenalan-kenalan kita. Manfaatkanlah kesempatan ini untuk kita merapatkan ukhuwwah sesama kita. Moga ukhuwwah yang terjalin terus berkekalan.

Akhir sekali, dalam kegembiraan kita menyambut Aidilfitri, jangan kita lupakan kepada mereka yang kurang bernasib baik di negara kita. Agar Allah kurniakan kekuatan kepada mereka. Juga tidak dilupakan, mari kita doakan juga ketabahan untuk saudara-saudara kita di Palestin, Iraq, Thailand, Mindanao dan di mana-mana sahaja yang sedang diuji oleh Allah s.w.t. Moga semangat, azam dan doa kita senantiasa bersama perjuangan mereka.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!

Maaf zahir dan batin.

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Wednesday, October 10, 2007

Antara Mata dan Hati


Itulah yang sering kita dengar, tak terkendalinya mata menyebabkan tak terkendalinya hati. Mata yang kotor membuat hati kian busuk, maka bila kita merindukan hati yang bening, hati yg indah, hati yang selalu nyaman dan selalu akrab dengan Allah..maka jagalah pandangan, jagalah dari apapun yang diharamkan Allah. Maka mata hati kita akan menembus, menatap kebenaran, merasakan indahnya kurnia Allah, merasakan indahnya hidup dalam naungan Allah SWT.

Bila melihat alam yg indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yg dtg tiada rasa dariNya

Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya

Buta hati lebih berbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan

Bahkan dilupakan saja
Semua org rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta

Aa Gym

Monday, September 17, 2007

Mari Membeli Sambil Bersedekah


Maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.jim. org.my/miphc

Inilah masanya untuk membantu saudara baru seaqidah kita yang masih memerlukan bantuan dan perhatian kita. Inilah masanya untuk menyumbang dan bersedekah terutama di bulan mulia Ramadhan ini yang mana Allah telah menjanjikan pahala berganda untuk hamba-hambaNya yang bersedekah.

Allahu'alam


Friday, September 14, 2007

Rayuan Ramadhan


Untuk sumbangan sila lawati http://www.jim.org.my/rayuan-ramadhan/

“Saya menyeru umat Islam agar menyumbang dengan murah hati, sebagai tanda kasihdan ingatan, membantu saudara-saudara kita seagama yang ditimpa musibah. Agar usaha kita yang kecil ini dapat jua meringankan bebanan mereka di Palestin, Mindanao, Maluku, Aceh, Selatan Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Jogjakarta, Jawa Barat, Selatan Siam, Afghanistan, Baluchistan dan tempat-tempat lain. Pada tahun lepas projek Rayuan Ramadhan ini berjaya sampai kepada lebih 30,000 orang. Marilah kita sama-sama berusaha agar dapat mencapai sasaran yang lebih tinggi pada tahun ini. Ingatlah bahawa harta yang kita beri itulah yang kita dapati di sisi Allah kelak. Selamat merebut peluang mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.”


Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)

Tuesday, August 28, 2007

JIWA REMAJA YANG MERDEKA

Oleh: Maryam Jailani


Di saat seluruh negara sedang membilang hari menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja yang masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja yang merdeka. Lahir pasca merdeka terutamanya, menyebabkan mereka hanya bisa mendengar kisah kemerdekaan dari generasi emas atau berusaha memahaminya dari rakaman yang masih tersimpan. Namun, apakah ini semua bisa menjadi alasan untuk tidak memperolehi jiwa merdeka? Dari sudut yang lain pula, apakah lahir sebelum merdeka dan merasai pengalaman dijajah menjadi syarat untuk memperoleh jiwa merdeka?



Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa yang merdeka lebih dari itu! Maka, mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan memahami nilainya yang sebenar bisa memberikan kita kesedaran tentang betapa penting dan berharganya aset ini. Malah, kefahaman ini bisa memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan yang diberikan kepada kita.

Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan 5 asas penting;

Pertama, jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya. Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan sehariannya.

Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas di zaman Rasulullah s.a.w. Para remaja seperti Ali bin Abi Talib serta Aisyah binti Abi Bakar faham bahawa mereka diciptakan oleh Allah dan akan kembali semula kepadaNya. Mereka juga mengerti dengan sebenar-benarnya bahawa hidup di dunia yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada hakimiyah Allah.

Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan dari memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya. Mereka berusaha menekuni iktibar dari kegemilangan dan keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri mereka dan betapa tingginya nilai diri mereka apabila mereka menjadi remaja yang berusaha memenuhi tujuan hidup mereka.

Firman Allah: ”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun denganKu, dan barangsiapa tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” (An-Nuur: 55).

Kedua, dengan berbekalkan kefahaman terhadap jati diri yang sebenar, jiwa remaja yang merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada kemerdekaannya kerana dia memahami bahawa dirinya hanya perlu tunduk kepada Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami implikasinya dengan sepenuh jiwanya.

Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dariNya. Malah, kalimah tauhid itu mendarah daging dan mengakar sehingga seluruh dirinya adalah cerminan kepada kecemerlangan sebuah kebenaran. Firman Allah: ”Itulah celupan Allah. Siapakah yang lebih baik celupannya dibandingkan dengan Allah?” (Al-Baqarah: 138).

Lalu, walaupun setelah 50 tahun Malaysia merdeka, remaja yang menemui kemerdekaan jiwa mampu membawa dirinya keluar daripada belenggu ketaatan kepada makhluq menuju kesetiaan hanya kepada Pencipta. Hidup dan matinya, seluruhnya diasaskan secara jelas kepada paksi ini. Seluruh denyutan nadi dan degup jantungnya berlaku dengan kesedaran bahawa inilah erti kemerdekaan yang sebenar!

Ketiga, jiwa yang merdeka juga yakin dengan kewujudan dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluqNya. Firman Allah: ”Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh....” (An-Nisa’: 78).

Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya. Malah, setiap kelakuannya selalu terasa diawasi. Dirinya sentiasa merasa berTuhan!—satu-satunya Tuhan yang menciptakan dirinya, yang berkuasa mematikannya bila-bila masa, serta akan membangkitkannya untuk dinilai amalan yang telah dibuat di dunia yang sebentar ini.

Keempat, kesan daripada tiga ciri di atas, lahirlah remaja merdeka yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna. Tidak ada satu detik pun yang akan dizinkan untuk dibazirkan ke jalan tidak berguna. Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup dengan penuh erti.

Kelak, apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka bisa tersenyum bangga membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman Allah: ”wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam barisan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Fajr: 27-30).

Mereka puas kerana telah memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya. Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.

Lalu, mereka tidak terperangkap dalam kerugian yang menagih seluruh masa mereka hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk survival fizikal. Mereka tidak akan membiarkan hati mereka kecut dan gersang kerana perangkap ini. Mereka tidak akan merasa tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi merasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk memajukan diri dan ummah.

Kelima, jiwa remaja yang merdeka aadalah jiwa yang sentiasa memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran sepanjang sejarah telah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada yang untung dan ada yang rugi. Remaja yang berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung. Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh jiwa dan sepanjang hayatnya. Firman Allah: ”Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali kamu termasuk dalam orang yang ragu” (Al-Baqarah: 147).

Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia bukan pilihan, tapi ia anugerah! Ia juga bukan seperti berkebun atau memancing yang bisa dibuat hanya bila ada waktu lapang. Ia kerja jiwa merdeka seluruh hidupnya!

Akhir sekali, apa pentingnya merdeka pada jiwa, dan bukan hanya pada fizikal? Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam terasa sangat masin?
Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin telah mati.

Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk memperngaruhinya, tetapi jiwa yang mati mudah sekali terjebak dengan apa jua anasir buruk yang datang kepadanya. Jadilah remaja yang berjiwa merdeka kerana jiwa merdeka itu adalah kekuatan untuk mempertahankan kemerdekaan fizikal yang telah dicapai.
Malah, jiwa merdeka juga sentiasa hidup dan menjadi rahmat di mana jua ia berada.

Wednesday, July 11, 2007

Why do some people read horoscope?

“ Why do some people read horoscope? Possibly because they want ‘someone’ to tell them what is going to happen. What about ‘designing’ what is going to happen? If u have been taught to recognize standard situations and to respond with the standard response, then the habit of designing the future is never developed. The judgement mode of the last millennium has crowded out the motivation and methods of design ” - Edward De Bono (New Thingking For The New Millenium)

Krisis pemikiran bagi para daie kini banyak bergantung kepada ‘orang lama’ bagi meyuluh jalan dan arah masa kini. Tidakkah keadaan dan situasi sebegini akan mengaplikasikan satu natijah (consequences) yang tidak direncanakan oleh kita sendiri? Para daie harus keluar dari kepompong membaca horoskop yang sebenarnya mengikat dan memenjarakan kebebasan hikmah di dalam potensi diri pada daie untuk bergerak secara bijaksana di dalam aktivisme dakwah.

Firman Allah yang mengatakan dakwah secara berhikmah itu adalah menuntut kepada para daie supaya betul dan benar berkenaan dengan uslub dakwwah itu sendiri. Bagaimana untuk memastikan uslub itu selari dengan dakwah kita? Pertama kembali kepada individu, kemudian persekitaran.

Individu

Lain tidak bukan, ilmu dan penghayatan perlu di jadikan darah daging para penggerak. Sikap dogmatik, yang suka membaca horoskop, di dalam gerakan dakwah dan diri sendiri tanpa ada perancangan dan mahu ianya terjadi di akan datang akan memalapkan kekuatan dakwah. Jika kita masih lagi mengharapkan ‘someone’ untuk memberitahu kepada kita apa yang akan berlaku di masa akan datang, maka kita adalah orang yang tidak memobilasikan keadaan.

Sifat masa yang bergerak tanpa ada t=0, maka peluang dan ruang itu perlu diisikan supaya mobiliti dan kapasiti kendiri dapat dipenuhkan dengan perkara yang berfaedah. Itulah kesimpulan yang ada di dalam surah yang selalu kita bacakan selepas meeting atau pertemuan. Orang yang saling nasihat dan menasihati dan berpesan pesan kepada ilmu dan kebenaran akan membawa kita kepada situasi keberuntungan.

Suasana

Persekitaran kitalah yang sebenarnya akan membawa kita kepada kefahaman dan kematangan di dalam arena ini. Amat sukar dan payah jika kita tidak mengambil inisisatif bagi membolehkan diri kita ini ‘bergerak’.

Satu perkara yang memberikan kesan yang baik kepada dakwah iaitu kepada golongan mad’u kita yang kita dakwahkan. Prinsipnya adalah seperti mana yang dikatakan oleh Covey;

“Give aman a fish and u feed him for a day; teach him how to fish and u feed him for a lifetime”

Prinsip ini boleh kita gunakan dan memang perlu kita mendidik, mengislah dan berdakwah kepada mad’u kita yang kini berada bersama-sama dengan kita kini.

Ajar dan tunjukkan lah mereka jalan supaya mereka berkeupayaan untuk mendapat bekalan makanan sepanjang hidup mereka.

Kitalah yang merangka (design) aktivisme dakwah kita. Jangan lagi kita membaca horoskop dan mengharapkan ‘someone’ membangunkan diri kita.


Ditulis oleh Bro Syamil

Disunting oleh Juwairiya Zulkifli

Monday, July 09, 2007

Dakwah Kampus..

SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJKUK

DI KAMPUS

Anjuran K-Care


Tarikh : 15 Julai 2007

Tempat : Auditorium B, Kulliyyah of Engineering, UIA, Gombak

Masa : 8.30pg-4.30ptg

Yuran : RM 20 (Pelajar - RM 15)


"We Care, We Share"


Slot 1: “Pengalaman Sebagai Bekas Penganut Agama Kristian”

oleh Bro Joannes Lukas

Slot 2: Kewajipan Berdakwah

oleh Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil

Slot 3: Memahami Masyarakat Cina

oleh Bro Danial Hakim Boey

Slot 4: Memahami Masyarakat India

oleh Bro Mohd. Fitri Abdullah

Slot 5: Cabaran & Halatuju Dakwah di Kampus

oleh Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester


TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 11 JUL 2007 (RABU)

DAFTAR SEGERA ! TERBUKA KEPADA SEMUA!


Bro Mohammad Faizal Abdullah

JK Dakwah KARISMA Nasional

KARISMA Care (K-Care)

(care_257@yahoo. com)

012-2921105

Fast to Fund Campaign

THE MONTH OF RAJAB IS NEAR!!!


16th July 2007 = 1st Rajab 1428


That means,
it'll then be about 90 more days to


Ibadah Festival!!!
that is the


blessed month of Ramadhan!!!
and,
it's the starting of


Fast to Fund Campaign!!!
RM 100 for Palestine
1. download Poster >>> NOW!
2. right click at the Picture and "Save As"
3. print & distribute to your friends n families!
Setiap peserta digalakkan berpuasa pada setiap Isnin & Khamis sepanjang bulan Rejab dan Sya'ban, dan berpuasa wajib sepanjang bulan Ramadhan.
Derma sebanyak RM 100 yang disasar dari kalangan peserta melalui kempen ini adalah dikira berdasarkan jumlah ringgit daripada makan yang dijimatkan pada setiap hari berpuasa tersebut dan digunakan untuk tujuan derma ini.
Puasa Isnin & Khamis
sepanjang bulan Rejab & Sya’ban
16 hari x RM 2.50 sehari = RM 40
Puasa sepanjang bulan Ramadhan
30 hari x RM 2 sehari = RM 60
Jumlah keseluruhan terkumpul
RM 40 + RM 60 = RM 100
the cute MONEY POUCH should be available soon, nsyaAllah
cost of pouch will be updated a.s.a.p.
LET'S FAST TO FUND
for our Muslim brothers in Palestine!
especially brought to you by
KARISMA International

Wednesday, May 23, 2007

Prinsip Yang diGenggam Ar-Rasul

Kebanyakkan dakwah Ar-Rasul adalah memberi peringatan kepada sekalian umat manusia. Namun apakah prinsip yang digenggam oleh Ar-Rasul di fasa Mekah yang dapat mengubah seluruh pemikiran manusia dan juga mulanya peperangan di antara orang-orang yang menerima prinsip Ar-Rasul dan mereka yang ingkar.
Merujuk di dalam penulisan Muhammad Munir al-Ghatban, antara prinsip awal yang menjadi genggaman bagi Ar-rasul dalam menyatakan keimanannya adalah

Mengenal Allah
Mengenal Rasulullah
Mengenal Hari Akhirat serta pembalasannya.

Banyak perbalahan serta ketidak puas hati manusia dalam menerima gelombang prinsip yang dipegang oleh Ar-Rasul ini. Namun, apa yang menjadi tumpuan di dalam mengenali hakikat prinsip yang digenggam oleh Ar-Rasul ialah Baginda akan membawa manusia kepada makrifatullah (mengenal Allah). Kedua, mengenal Rasul dan akhir sekali mengenal akanazab serta balasan ayang akan di adili oleh Pencipta mereka di akhirat kelak. Namun, prinsip ini sebenarnya amat sukar diterima oleh kaum Quraisy (orang Arab) kerana prinsip asal mereka terhadap selain daripada Allah telah begitu tebal sekali di dalam hati mereka. Maka, dengan adanya prinsip Ar-rasul dan mendapat tentangan dari mereka (kaum Quraisy), maka prinsip itulah yang dipertahankan oleh Baginda agar tidak bercampur aduk dengan prinsip yang lain.

Surah Al-Kafirrun

Genggaman sebenar prinsip Ar-Rasul di dalam membawa hidayah Allah kepada seluruh manusia adalah begitu hebat sekali. Ini jelas di ceritakan di dalam firman Allah , malah ada di ungkaikan di dalam seerah Ar-Rasul yang mana Ar-Rasul telah menerangkan prinsipnya dengan jelas di hadapan kaum Quraisy.

Firman Allah yang bermaksud ;

“Katakanlah “hai orang-orang yag kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah dengan apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhanyang kamu sembah. Untukmu lah agamu, dan untukkulah agamuku”

Jika di lihat dan diperhatikan ayat ini merupakan satu prinsip yang cukup hebat. Bagaimana prinsip yang digenggam enggan sekali dilepaskan walaupun ditawarkan dunia serta bulan, namun prinsip tetap prinsip dan perlu digenggam.

Principle Centered-Covey

Prinsip yang diutarakan dalam penulisan Covey banyak mengenengahkan berkenaan dengan pegangan di dalam menyatakan satu prinsip. Salah satu pegangan di dalam menyatakan serta menggenggam prinsip adalah melalui perubahan paradigma (paradigm shifts). Melalui perubahan ini, maka prinsip yang kekal akan dapat diterapkan di dalam seluruh tingkah laku.

Begitulah keadaan sebenarnya Ar-Rasul, yang mana paradigma asal berkenaan ketuhanan itu telah bertukar kepada Islam setelah mendapat hidayah di Gua Hira’, maka bertambahlah serta berkitarlah prinsip baru di dalam kehidupan Baginda di dalam membawa Islam itu sebagai satu prinsip yang perlu digenggam dan dibawa kepada seluruh umat manusia di dunia ini. Peralihan paradigma amat besar sekali di dalam membawa arah serta tujuan kehidupan di dalam arah yang benar atau kejayaan.

Covey juga ada menyatakan bahawa ‘Correct principles are like compasses: they are always pointing the way’. Adakah ini selari dalam seerah Ar-Rasul yang mana prinsip yang digenggami oleh Ar-Rasul itu menunjukkan kepada kita akan arah dan natijah akhirnya adalah menuju Allah? Bukan kah prinsip yang dibawa oleh Rasul itu seolah-olah kompas yang menunjukkan arah yang benar sepanjang masa?

Itulah hakikatnya seperti mana di dalam hadith yang disepakati oleh mutafaka alaih, yang mana Ar-Rasul menegaskan kepada seluruh umat Islam agar berpegang teguh lah kepada Islam sebagaimana kita menggigit kayu dengan geraham!

Istiqamah Menuju Kebahagiaan

Firman Allah di dalam surah Al- Imraan, ayat 185;

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan di dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan

Semua jiwa pasti akan merasai kematian. Tidak kira siapa pun mereka. Walau hebat mana pun mereka, selagi mana mereka ini bergelar manusia, maka pasti akan merasai kesakitan ini. Walhal, makhluk lain yang bukan manusia juga akan merasai kematian. Pokok yang hijau, berdaun lebat, akhirnya akan kuning layu. Binatang yang kuat, gagah berlari dan melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Apatah lagi manusia yang lemah ini.

Bagaimana kebahagiaan (sa’adah) itu dikecapi? Terdapat dua firman Allah di dalam Quran yang menyatakan bahawa, terdapat cirri-ciri tertentu bagi mereka yang pasti mendapat kebahagiaan (sa’adah) ini, iaitu surah

Hud, ayat 105 dan ayat 108

(pada) masa datangnya (hari kiamat) itu, tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahgia (105)

Adapun orang-orang yang berbahgia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu, sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus (108)

Perkataan sa’adah atau bahagia itu di dalam ayat 105 dan 108 ialah sa’ieduu. Ianya merujuk kepada kebahagiaan di akhirat yang mana ianya hanyalah khusus kepada mereka yang taat, istiqamah serta yakin terhadap jalan-jalan yang di pilihnya. Mereka (orang-orang beriman) ini, yang mana mempunyai sikap berani, tenang dan sentiasa optimis di dalam segala rupa bentuk ujian dari Allah s.w.t. ,maka sa’adah yang dijanjikan untuk mereka itu adalah hak mutlak kepada mereka.

Terpedaya (Ghurur)

Satu halangan bagi manusia di dunia ini untuk mendapat sa’adah ialah, mereka mudah terpedaya dengan keindahan serta kebahagiaan yang bersifat sementara di dunia ini. Mereka menyangkakan kebahagiaan; kekayaan, populariti, pangkat dan sebagainya ini akan membahagiakan mereka selamanya. Sifat inilah yang sering manusia tunduk dan akhirnya akan berkencenderung hawa nafsunya kepada nikmat yang bersifat fatamorgana ini.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-An Aam, ayat 70;

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan, dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. Dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri tidak terjerumus di dalam neraka dengan sebab apa yang telah diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus dengan segala tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang diterjerumuskan dengan sebab apa yang diusahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)

Ghurur ialah sesuatu keadaan terpedaya akibat berubahnya satu niat atau perbuatan yang menyeleweng kepada Allah s.w.t. Manusia sering merasakan kebahgiaan yang sebenarnya adalah di dunia ini. Kekayaan yang melimpah ruah, harta yang banyak, pangkat yang tinggi di dalam organisasi, kemahsyuran yang disangjung tinggi oleh masyarakat, keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi pelajar dan sebagainya. Adakah ini perilaku biasa yang berlaku terhadap diri kita? Maka sudah sememangnyalah kita dalam keadaan terpedaya.

Siapakah Dalang Kepada Ghurur

Surah Al-Araaf, ayat 22 yang bermaksud

Dengan sebab itu, dapatlah ia (iblis) menjatuhkan mereka berdua (Adam dan Hawa) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka; “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakana kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”

Dan surah An- Nisaa’, ayat 120

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipudaya semata-mata

Lain tidak bukan, bisikan iblis dan syaitan merupakan satu penghasut kepada manusia yang lemah.
Ditulis oleh Bro Syamil

Thursday, April 12, 2007

Lawati Laman Web KARISMA!


Memperkenalkan laman web rasmi KARISMA


Sila kunjunginya...

Thursday, March 15, 2007

Di mana kita? Ke mana kita?

Tahun ini, pada 2 Mei 2007, KARISMA bakal mencecah umur lapan tahun dan jika dikira daripada tahun ini, ada lapan tahun lagi untuk kita menuju misi FIDAK 2015. Maksudnya, kita sedang berada di pertengahan! ! Kita sudah tiada masa yang banyak. Langkah perlu terus diperhebat. Moga Allah terus beri kekuatan kepada kita.

Pada tahun ini juga kita bakal menghadapi deadline bagi Agenda 07. Di mana kita sekarang? Sudah cukupkah usaha kita untuk mencapai ketujuh-tujuh agenda ini? Berapakah ahli yang mengikuti pentarbiyyahan di lokaliti kita? Sejauh manakah usaha janaan dana di negeri kita? Berapa ramai pimpinan baru di tempat kita? Banyak mana IPT yang telah diterokai di negeri kita? Negeri mana yang telah mempunyai KARISMA negeri yang berperanan? Adakah KARISMA Interest Groups (KIG) telah dimanfaatkan sebaiknya? Negeri manakah yang telah mempunyai pusat pengoperasiannya sendiri? Ini merupakan soalan-soalan yang perlu kita jawab bersama-sama.

Tahun 2007 juga merupakan tahun permulaan dalam Rancangan FIDAK yang pertama (RF1). Perancangan strategik yang dibentangkan baru-baru ini telah menetapkan beberapa sasaran strategik dalam tempoh RF1 ini iaitu dari tahun 2007-2009. Sasaran-sasaran ini dibina berdasarkan perancangan strategik KNL yang lepas, perancangan strategik JIM, resolusi-resolusi berkenaan dan Ucapan Dasar Presiden ketika PKN 2006 baru-baru ini. Moga ia menjadi sasaran yang disepakati bersama agar kita sama-sama dapat menghayati perjalanan perjuangan ini dengan baik, Insya Allah.

Agenda 07 dan FIDAK 2015 perlu dilihat sebagai satu misi yang selari dan tidak sepatutnya dilihat secara terpisah kerana ia berada di satu jalan yang sama. Usaha yang kita lakukan juga perlulah selari di semua peringkat. Samada di peringkat nasional, negeri daerah, IPT ataupun KIG. Setiap peringkat mempunyai peranannya yang tersendiri dan membentuk satu sistem yang lengkap ke arah membentuk satu usaha ke arah FIDAK 2015. Oleh itu, besarlah harapan ana agar kita dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing sebaiknya, saling bantu-membantu, saling ingat-memperingati seterusnya membentuk satu pasukan yang kuat, Insya Allah. Moga Allah terus beri kekuatan untuk membentuk kesatuan ini.

Di dalam penulisan seterusnya, Insya Allah ana akan menulis berdasarkan hasil capaian utama di dalam perancangan strategik yang dibentangkan ketika MIN yang lepas. Moga Allah permudahkan.

Sekian. Jumpa Lagi!!

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

FIDAK 2015 : Misi Ke-2 KARISMA

FIDAK 2015 merupakan singkatan kepada Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang tahun 2015 dan ia merupakan misi kedua KARISMA. Misi ini lebih kepada matlamat jangka panjang KARISMA dalam usaha untuk mendokong visi perlaksanaan syariah pada tahun 2020. Insya Allah. Sebagai asas, terdapat tujuh ciri utama yang membentu definisi FIDAK iaitu :

· Masyarakat kampus melihat sesuatu dari perspektif Islam
· Manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Islam secara Kaafah
· Nilai-nilai Islam dominan
· Fikrah Islam disokong dan disertai
· Fikrah Islam memimpin MPP, tanpa meminggirkan ruang penglibatan non-Muslim
· Penglibatan pelajar, pensyarah, kakitangan sokongan & pentadbiran, masyarakat kampus dan luar kampus
· Inter campus relation and shared vision

Dalam usaha mencapai misi FIDAK ini pula, terdapat enam bidang hasil utama yang dikenalpasti untuk ditekankan iaitu :

· TPSM
· Dana
· Targeted Tajnid
· Networking
· Public Opinion Leadership
· Pilihanraya Kampus

AGENDA 07

Dalam kalendar tahun ini, tarikh 07/07/07 merupakan salah satu tarikh besar bagi seluruh ahli KARISMA. Mengapa? Kerana pada tarikh inilah, kita bakal menilai sejauh mana pencapaian kita dalam Agenda 07 yang telah dicanang sejak tahun 2004 lagi.

Sepintas lalu... Agenda 07

Agenda 07 merupakan wawasan jangka pendek KARISMA yang ditetapkan pada tahun 2004 berdasarkan sebelas cabaran yang digariskan dalam Ucapan Dasar Perhimpunan KARISMA Nasional (PKN) 2004. Sebanyak tujuh agenda utama yang telah disasarkan dalam Agenda 07. Tarikh 07 Julai 2007 merupakan ’tarikh akhir’ bagi agenda ini.
Secara ringkas, tujuh agenda tersebut ialah :

· 1000 Ahli yang mengikuti sistem pentarbiyyahan
· 500 RM pendapatan bulanan
· 100 Kepimpinan setiap tahun
· 50 IPT berstatus matang dan berpotensi
· 10 Negeri terancang dan aktif
· 5 KIG penglibatan ahli dalam medan
· 1 Pejabat KNL dan setiap K-Negeri

Friday, March 02, 2007

Ghuraba..


Sabda Rasulullah SAW menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa : "Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba (asing).."
Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda : "Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? " Baginda bersabda : "Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.."

Thursday, March 01, 2007

Banjir Donation

"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com
Palestine

Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin


Masukkan derma anda ke dalam akaun:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
http://palestinkini.info/

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf

Situasi Pendakwah (Bhgn 1)

Di sebuah lorong, antara dua bangunan kedai pakaian terkemuka dan sebuah kedai karpet di tengah kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur…Seorang gadis berpakaian serba singkat, berjalan melepasi seorang jejaka Muslim yang macho dan tampan pakaiannya.. lalu berkata..

“hai, hensem.. jom kita minum2, ringan-ringan dulu.. jom lah..” tanpa segan dan malu.

Jejaka tersebut berkata sambil menyumpah, “kau ni manusia ke syaitan? Setau aku Cuma syaitan je yang ajak manusia buat zina!” (dan terus hilang kemachoannya..)

Si gadis merasa terhina, lalu berkata, “woi, boleh blahlah! Ko ingat orang dengar mcmtu boleh ikut islam kau ke!ayat cover la sikit..pegi daaa!!!”

Analisis maklumat dan fikir:
1) pendakwah memang diseru untuk menyeru kepada Islam bukan dengan cara kekerasan, sebaliknya mereka perlu mendekati mad’u dengan maa’ruf, tanpa prejudis kepada mereka.
2) Pendakwah perlu menunjukkan izzah Islam sebagai satu agama yang mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Oleh itu, ketegasan juga perlu.. tak perlu buatkan orang yang memeluk Islam terasa lemah dengan lemahnya teguran yang akan kita buat.

Persoalan:
1) Antara menghampiri hikmah dan mengangkat izzah, mana yang lebih perlu untuk diutamakan?
2) Apakah ciri mad’u yang perlu diseru dengan hikmah dan apakah pula ciri mad’u yang perlu diseru dengan menguatkan izzah?
3) Bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghampiri hikmah dan dalam masa yang sama mengangkat izzah?

Apa pandangan anda?

Sunday, February 25, 2007

MIN 07

MUZAKARAH IPT NASIONAL 2007

Alhamdulillah pada 24 Febuari 2007 (Sabtu) lepas, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa telah berlangsungnya Muzakarah IPT Nasional 2007 anjuran Karisma Nasional. Walaupun hebahan dikeluarkan dua minggu sebelum program diadakan, namun komitmen dan penyertaan dari pimpinan lokaliti (Negeri/Daerah/IPT/KiG) sangat menggalakkan. Objektif muzakarah ini adalah untuk :

  • Berkongsi Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional di peringkat lokaliti
  • Menjelaskan peranan Karisma Negeri, Karisma IPT dan KIG berdasarkan Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional
  • Mewarwarkan takwim Karisma Nasional sepanjang tahun 2007
  • Berkongsi maklumat rahsia kejayaan Karisma IPT, Karisma Daerah dan KIG yang terpilih
  • Mengumumkan keputusan pemenang pertandingan iklan 1 Mad`u Sekurang-kurangnya 1 Penggerak

Moga pengorbanan antum yang datang dari jauh dan dekat berbekalkan semangat perjuangan yang tegar akan diganjari oleh Allah dengan setimpalnya. Buat ahli keluarga KnL yang bekerja keras dan bersengkang mata demi menjayakan program ini, moga TABAH HATI tak berbelah bagi..

Monday, February 19, 2007

Wahai mujahideen..

Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjuang pada jalanNya (untuk membela agama) dalam satu barisan yang kukuh seolah-olah sebuah bangunan yang kukuh.


Surah Ash-Shaff : 4

Jangan Lupa...

KEMPEN 1 PENGGERAK
(sekurang-kurangnya )

1 MAD’U BARU
(diserap ke dalam sistem tarbiyah)

.:TPSM KNL 07:.
Kerja BESAR untuk perubahan BESAR!

Friday, February 16, 2007

Hidup ini suatu perjalanan..


Moga TABAH mengharunginya..

Struktur Organisasi KnL 07/08

PRESIDEN
Muhamad Amirul Muhamad Letfee
TIMBALAN PRESIDEN
Ya'akob Yusof
NAIB PRESIDEN I
Ahmad Zulhilmi Ahmad Ziyadi
NAIB PRESIDEN II
Maryam Aizuddin
SETIAUSAHA AGONG
Muhammad Hussaini Khairuddin
BENDAHARI
Mohd Hanif Hassan
PENOLONG SETIAUSAHA
Nurhasyimah Mohd Salleh
JK TPSM
Maryam Jailani
Ya'akob Yusof
JK PELAPIS
Khadijah Azman
Mus'ab Sahrim
JK PERHUBUNGAN
Muhammad Hussaini Khairuddin
JK MEDIA & DA'WAH
Juwairiya Zulkifli
JK DANA
Ahmad Zulhilmi Ahmad Ziyadi