Thursday, January 03, 2008

PKN 1207..melabuhkan tirainya..


Assalamu`alaikum…

Alhamdulillah, berakhir sudah Perhimpunan Karisma Nasional (PKN) yang ke lapan. Dengan izinNya, seramai lebih kurang 230 perwakilan dan peserta berkumpul di perhimpunan tahunan kali ini. Jazakumullahukhairan katheera kepada semua.

Jzkk juga kepada akhuna Presiden JIM, Akhi Zaid atas kesudian merasmikan PKN kali ini.. Juga kepada wakil JIM Perak dan Ipoh; Akhi Megat (wakil JIM Perak), Akhi Khusairi (Wakil JIM Ipoh), Akhi Anuar (Wakil JIM IPT Perak), Ukhti Anita (Wakil WJIM Perak) dan Ukhti Rafidah (Wakil WJIM Ipoh), Mantan KnL; Akhi Aidi, Akhi Wan Am, Akhi Naim, Akhi Nizam, Akhi Aizudin dan Ukhti Hamisah atas kesudian semua menghadiri PKN kali ini..

Jzkk juga kepada semua penyumbang yang terdiri dari individu-individu, JIM-JIM Daerah, institusi JIM dan syarikat-syarikat. Moga Allah mengganjari sebaiknya. Juga kepada semua yang memberi sokongan penuh serta khidmat nasihat dalam memastikan kelancaran PKN kali ini terutamanya JIM Perak.

PKN kali ini juga dihadiri 2 wakil dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), seorang wakil Rakan Masjid Universiti Teknologi Petronas (UTP), 2 wakil Malaysian Youth and Students Democratic Movements (DEMA), dan juga seorang wakil Media-Harakah.

Alhamdulillah, PKN kali ini berlangsung dengan jayanya.. Tahniah kepada team penganjur dari K-Perak yang diketuai oleh Akhi Muhammad Kamarul Baharin!! Semangat, komitmen dan kerjasama antum amat dihargai. Begitu juga kepada barisan KnL sesi 2007 yang bertungkus lumus, terutamanya dalam 2 bulan terakhir.. untuk memperkemaskan content PKN.

Kepada semua perwakilan dan pemerhati, komitmen antum untuk hadir dari jauh amat dihargai. Jika dilihat dari survey.. boleh dikatakan hampir 50 % kehadiran adalah mereka yang baru menghadiri PKN ini buat kali yang pertama!! Alhamdulillah, very positive!! Dari borang penilaian, rata-rata berpuas hati dan nampaknya slot khas yang diisi oleh Dr Hishamudin Alham juga nampaknya memberi impak positif terhadap mind set peserta terhadap tarbiyyah yang produktif. Jzkk kepada Dr Hishamudin Alham atas kesudian menerima jemputan kami. Ermm.. kena jemput lagi ni

PKN dengan tema “Menggembleng Tenaga Mahasiswa Ke Arah Fikrah Islam Dominan Alam Kampus” menutup kalendar 2007 Karisma dan tahun 2008 bakal menanti kita dengan peluang-peluang dan cabaran yang lebih besar, insya Allah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, moga PKN kali ini bukan PKN yang biasa namun PKN yang mampu mencetuskan keimanan total kepada Allah s.w.t, mengukuhkan persaudaraan kita di jalan Allah s.w.t. dan melonjakkan aktivisme tarbiyyah dan dakwah, insya Allah.

Insya Allah, barisan kepimpinan Karisma Nasional untuk sesi 2008 adalah seperti berikut

  1. Presiden : Mohamad Amirul Mohamad Letfee
  2. Ketua SISMA : Khadijah Azman

Barisan KnL 2008 :

  1. Yaakob Yusuf
  2. Faizal Abdullah
  3. Mohd Dhany Mohd Sarip (UIAM Gombak)
  4. Mohd Hafiz Abd Hamid - Bai (UIAM Gombak)
  5. Abdullah Omar Muhamad Fuad (UTP, Perak)
  6. Juwairiya Zulkifli
  7. Nihlah Johari (UIAM Gombak)
  8. Hamnah Jusri (UKM KL)
  9. Nik Aishah Nik Aznan (UIAM Kuantan)
  10. Khadijah Riza Atiq (UIAM Gombak)
  11. Nur Idayu Abdul Rahman (UNISEL Shah Alam)

Selepas perjumpaan pertama, insyaAllah akan update semula senarai lengkap AJK berserta portfolio-portfolio.

Moga Allah beri kekuatan kepada kami untuk menerajui kepimpinan pusat untuk sesi seterusnya. Juga kepada semua agar kita sama-sama dapat menggerakkan agenda ummah ini dengan lebih rancak, insyaAllah.

Sekian dahulu.. Terus bekerja!!!

Mohamad Amirul Mohamad Letfee

Presiden

Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma)

Sesi 2008