Monday, December 10, 2007

Perhimpunan KARISMA Nasional 01 : Perhimpunan Kali Ke-8

Assalamu`alaikum. ..

Moga dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
Sejak pelancaran pada 2 Mei 1999, alhamdulillah kita telah mengadakan PKN sebanyak 7 kali seperti berikut :

6 Januari 2001 - Institut Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Bangi, Selangor (KZ1)

2 Februari 2002 - De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor (KZ3)

18 Januari 2003 - Auditorium Kuliah Kejuruteraan, UIAM Gombak, Selangor (KZ2)

17 Januari 2004 - Kolej Dar Al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, Selangor (KZ1)

15 Januari 2005 - Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor (KZ3)

21 Januari 2006 - Auditorium Utama, Kuliah Senibina dan Reka Bentuk Persekitaran, UIAM Gombak, Selangor (KZ2)

13 Januari 2007 - Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan OKU (PLPP), Bangi, Selangor (K-DHL)

Perhimpunan tahunan ini dilihat amat penting sebagai tempat pimpinan dan ahli berkumpul untuk kita sama-sama muhasabah diri dan organisasi, memberi ruang kepada perwakilan untuk bersuara menyatakan hasrat, melontarkan pandangan, memberi cadangan, membulatkan tekad serta mencari kesepakatan agar dakwah kita terus mekar di muka bumi Allah ini.

Insya Allah buat pertama kalinya, kita akan mengadakan PKN di luar selangor dan diadakan dua kali PKN dalam tahun yang sama. Bukanlah sengaja untuk membuat perubahan. Tetapi, sebagai memberi peluang kepada K-Negeri lain untuk menganjurkan PKN dan diharapkan dengan pengalaman ini dapat melonjakkan aktivisme di sesuatu tempat. Ada pro dan kontra, namun belum cuba belum tahu

K-Perak dipilih sebagai penganjur bersama untuk menganjurkan PKN kali ini (PKN 1207). Dan kini, JK PKN dari K-Perak sedang bertungkus lumus dalam usaha menganjurkan PKN ini. Mari kita doakan mereka dan berusaha memberi kerjasama terbaik agar mereka juga dapat melaksanakan yang terbaik. Seperti dalam hebahan, PKN 1207 akan diadakan di Dewan Auditorium Institut Tadbiran Islam (INTIM), Ipoh, Perak

PKN dibuat pada hujung tahun agar kita punya banyak masa untuk fasa perlaksanaan pada masa-masa akan datang. Tarikh PKN 1207 akan diadakan pada 29 Disember 2007, Insya Allah.
Update terkini menunjukkan baru 25 orang yang mendaftar. Masih jauh dari sasaran. Kini, ada 20 hari sahaja lagi sebelum berlangsunya PKN 1207. Jom, kepada K-Negeri/K-Daerah/ K-IPT?K.I. G. yang belum mendaftar, cepat mendaftar.. Kita meriahkan PKN tahun ini!!

Moga Allah permudahkan segalanya

Sekian dahulu untuk siri penulisan yang pertama. Insya Allah berjumpa lagi di siri kedua "Perhimpunan KARISMA Nasional 02 : Tema PKN 1207"

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

No comments: