Thursday, March 15, 2007

Di mana kita? Ke mana kita?

Tahun ini, pada 2 Mei 2007, KARISMA bakal mencecah umur lapan tahun dan jika dikira daripada tahun ini, ada lapan tahun lagi untuk kita menuju misi FIDAK 2015. Maksudnya, kita sedang berada di pertengahan! ! Kita sudah tiada masa yang banyak. Langkah perlu terus diperhebat. Moga Allah terus beri kekuatan kepada kita.

Pada tahun ini juga kita bakal menghadapi deadline bagi Agenda 07. Di mana kita sekarang? Sudah cukupkah usaha kita untuk mencapai ketujuh-tujuh agenda ini? Berapakah ahli yang mengikuti pentarbiyyahan di lokaliti kita? Sejauh manakah usaha janaan dana di negeri kita? Berapa ramai pimpinan baru di tempat kita? Banyak mana IPT yang telah diterokai di negeri kita? Negeri mana yang telah mempunyai KARISMA negeri yang berperanan? Adakah KARISMA Interest Groups (KIG) telah dimanfaatkan sebaiknya? Negeri manakah yang telah mempunyai pusat pengoperasiannya sendiri? Ini merupakan soalan-soalan yang perlu kita jawab bersama-sama.

Tahun 2007 juga merupakan tahun permulaan dalam Rancangan FIDAK yang pertama (RF1). Perancangan strategik yang dibentangkan baru-baru ini telah menetapkan beberapa sasaran strategik dalam tempoh RF1 ini iaitu dari tahun 2007-2009. Sasaran-sasaran ini dibina berdasarkan perancangan strategik KNL yang lepas, perancangan strategik JIM, resolusi-resolusi berkenaan dan Ucapan Dasar Presiden ketika PKN 2006 baru-baru ini. Moga ia menjadi sasaran yang disepakati bersama agar kita sama-sama dapat menghayati perjalanan perjuangan ini dengan baik, Insya Allah.

Agenda 07 dan FIDAK 2015 perlu dilihat sebagai satu misi yang selari dan tidak sepatutnya dilihat secara terpisah kerana ia berada di satu jalan yang sama. Usaha yang kita lakukan juga perlulah selari di semua peringkat. Samada di peringkat nasional, negeri daerah, IPT ataupun KIG. Setiap peringkat mempunyai peranannya yang tersendiri dan membentuk satu sistem yang lengkap ke arah membentuk satu usaha ke arah FIDAK 2015. Oleh itu, besarlah harapan ana agar kita dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing sebaiknya, saling bantu-membantu, saling ingat-memperingati seterusnya membentuk satu pasukan yang kuat, Insya Allah. Moga Allah terus beri kekuatan untuk membentuk kesatuan ini.

Di dalam penulisan seterusnya, Insya Allah ana akan menulis berdasarkan hasil capaian utama di dalam perancangan strategik yang dibentangkan ketika MIN yang lepas. Moga Allah permudahkan.

Sekian. Jumpa Lagi!!

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

No comments: