Thursday, March 01, 2007

Situasi Pendakwah (Bhgn 1)

Di sebuah lorong, antara dua bangunan kedai pakaian terkemuka dan sebuah kedai karpet di tengah kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur…Seorang gadis berpakaian serba singkat, berjalan melepasi seorang jejaka Muslim yang macho dan tampan pakaiannya.. lalu berkata..

“hai, hensem.. jom kita minum2, ringan-ringan dulu.. jom lah..” tanpa segan dan malu.

Jejaka tersebut berkata sambil menyumpah, “kau ni manusia ke syaitan? Setau aku Cuma syaitan je yang ajak manusia buat zina!” (dan terus hilang kemachoannya..)

Si gadis merasa terhina, lalu berkata, “woi, boleh blahlah! Ko ingat orang dengar mcmtu boleh ikut islam kau ke!ayat cover la sikit..pegi daaa!!!”

Analisis maklumat dan fikir:
1) pendakwah memang diseru untuk menyeru kepada Islam bukan dengan cara kekerasan, sebaliknya mereka perlu mendekati mad’u dengan maa’ruf, tanpa prejudis kepada mereka.
2) Pendakwah perlu menunjukkan izzah Islam sebagai satu agama yang mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Oleh itu, ketegasan juga perlu.. tak perlu buatkan orang yang memeluk Islam terasa lemah dengan lemahnya teguran yang akan kita buat.

Persoalan:
1) Antara menghampiri hikmah dan mengangkat izzah, mana yang lebih perlu untuk diutamakan?
2) Apakah ciri mad’u yang perlu diseru dengan hikmah dan apakah pula ciri mad’u yang perlu diseru dengan menguatkan izzah?
3) Bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghampiri hikmah dan dalam masa yang sama mengangkat izzah?

Apa pandangan anda?

1 comment:

Unknown said...

1) serulah dgn kebaikan.. (berilah maaf dan sabar bah.. wlupun susah nak buat)

2) bermusyawarahlah.. (wlupun nampak cam susah, terutamanya klu dlm keadaan MARAH, apapun, 'buat'lah klu mau selesai masalah, ..... kemudian kalau ditakdirkan xberubah jgk..)

3) tawakkal kpd Allah

'Maka berkat rahmat Allah. engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. kerana itu, maafkanlah mereka dan mohonlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dlam urusan itu. kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal."(Aali-'imraan 3:159)

-berprinsiplah, agar kita tidak menjadi seperti y nabi katakan... 'musuh tak takut, bukan kerana bilangan sedikit, tapi kerana langkah tak terarah, bagai buih di lautan..'

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud


"Islam bermula asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka bahagialah golongan Ghuraba".. Sahabat Nabi bertanya kepada Baginda: "Siapakah Ghuraba ya Rasulullah??" Baginda bersabda: "Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia."

H.R Ahmad