Sunday, February 25, 2007

MIN 07

MUZAKARAH IPT NASIONAL 2007

Alhamdulillah pada 24 Febuari 2007 (Sabtu) lepas, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa telah berlangsungnya Muzakarah IPT Nasional 2007 anjuran Karisma Nasional. Walaupun hebahan dikeluarkan dua minggu sebelum program diadakan, namun komitmen dan penyertaan dari pimpinan lokaliti (Negeri/Daerah/IPT/KiG) sangat menggalakkan. Objektif muzakarah ini adalah untuk :

  • Berkongsi Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional di peringkat lokaliti
  • Menjelaskan peranan Karisma Negeri, Karisma IPT dan KIG berdasarkan Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional
  • Mewarwarkan takwim Karisma Nasional sepanjang tahun 2007
  • Berkongsi maklumat rahsia kejayaan Karisma IPT, Karisma Daerah dan KIG yang terpilih
  • Mengumumkan keputusan pemenang pertandingan iklan 1 Mad`u Sekurang-kurangnya 1 Penggerak

Moga pengorbanan antum yang datang dari jauh dan dekat berbekalkan semangat perjuangan yang tegar akan diganjari oleh Allah dengan setimpalnya. Buat ahli keluarga KnL yang bekerja keras dan bersengkang mata demi menjayakan program ini, moga TABAH HATI tak berbelah bagi..

1 comment:

admin said...

Mabruk kepada semua pimpinan yang hadir!! Moga kita dapat mengoperasikan segala perancangan sebaik mungkin di lokaliti masing!! Kepada KnL, Jzkk atas komitmen antum dalam menjayakan program.. Lets give our best shots!! =)