Monday, October 23, 2006

Hari Raya

by: Inqilaab
'Eidun Sa'iedun
Yaumun Farhanun
Yaumun Jamilun

~Zain Bikha~
Setelah sebulan umat Islam berpuasa, kini tibalah hari raya. Sebulan menahan lapar dan dahaga. Sebulan sedaya upaya mengekang hawa nafsu. Sebulan bertungkus lumus melakukan ibadah yang sering ditinggalkan di bulan biasa. Selalunya masjid susah dijejaki tetapi bulan ini sebulan bertamu di rumah Allah menunaikan 20 rakaat sunat terawih. Al-Quran yang menjadi perhiasan almari dibaca hingga khatam sekali paling kurang.

Hari ini semua ceria. Dari kanak-kanak hinggalah orang tua, semua berpakaian serba baru. Juga saling bermaafan. Bagi yang tinggal berjauhan dengan keluarga, awal-awal lagi sudah merancang pulang ke kampung. Menjadi satu kemestian, persiapan menyambut hari raya dibuat seawal mungkin. Inilah hari raya 'eidul fitri di Malaysia.

Inikah hari raya sebenar? Eidulfitri lebih singkat dari eidul adha. Bagaimana mungkin eidul fitri disambut lebih meriah? Bagi orang biasa, hari raya ialah penamat kesengsaraan mereka menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Sebaliknya, bagi orang cintakan puasa, hari raya sebagai break-point kerana 1 Syawal ialah hari yang diharamkan berpuasa. Penghuni alam barzakh pula menangis kerana azab kubur diteruskan.

Festival fitrah. Sesuai dengan perayaan ini, insan saling ziarah menziarahi dan bermaafan; menyambung silaturrahim. Ini amatlah digalakkan. Namun, hati saya sedih mengenangkan iklan perayaan lebih banyak digembar-gemburkan di media tempatan. Rancangan televisyen yang telah ditetapkan pasti akan mengikat hati-hati manusia supaya tetap di hadapan televisyen. "Jangan ke mana-mana!"

Lagu-lagu hari raya yang dikumandangkan mendayu-dayu menambah luka di hati. Sepatutnya sambutan hari raya sama sahaja di mana jua, tidak semestinya balik kampung. Takbir yang didengari seharusnya mengingatkan kita kepada kebesaran Pencipta. Malah, takbir sepatutnya dilaungkan sepanjang waktu selagi belum tamat tempoh (dari Maghrib hingga Zuhur). Takbir yang bakal menggerunkan musuh. Takbir sebagai tanda kemenangan.

Berjaya mengharungi ramadhan adalah tanda kemenangan. Bulan di dalamnya ada Lailatulqadar. Bulan syaitan di rantai. Juga bulan yang direhatkan azab kubur. Waktu ini musuh kita hanya satu, nafsu. Nafsu dapat dikekang, amal dimaksimumkan, maka berbahagialah. Allah mengganjari dengan sebaik-baik ganjaran. "Kumpul mata sekarang, tuntut di akhirat kelak."

Ramadhan juga umpama intitusi pendidikan. 1 Syawal ialah hari graduasi buat pelatih-pelatih institusi Ramadhan. Graduan-graduan diharap dapat meneruskan kecemerlangan di bulan-bulan lain juga. Minal 'eidi wal fa-izin diucapkan. Selamat Hari Raya.

Wednesday, August 02, 2006

LET US PONDER

Funny how long it takes to serve Allah for an hour
But how quickly a team plays 60 minutes of basketball

Funny how a $100 looks so big when taken to mosque
But so small when taken to a mall

Funny how long couple hours spent a mosque seem
But how short they are when watching a movie

Funny how people can't think of anything to say when pray but don't have
difficulty thinking or things to talk about to a friend

Funny how people get thrilled when a cricket games goes into one day series,
but complain when a khutba is longer than regular time

Funny how hard it is to read a chapter in Quran
But how easy it is to read 100 pages or a best selling novel or a magazine

Funny how people believe what newspaper says
But questions what Quran saya

But more funny...how you can makes a thousand jokes and humors and they spread like wildfire but when you starts to regarding Allah,
people think twice about sharing...

from:
yus_farinaidayu03@yahoo.com
done on:
Tue, 1 Aug 2006 02:07:14

Selamat Menyambut Merdeka!!

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 49

Seuntai jiwa merana sepi
Lantaran menangisi nasib peribumi
Semakin pudar Ad-din menyinggahi
Hidup berlumpur hanyir berduri

Peribumi hidup bukan dagangan
Menjunjung wawasan khilafah terbilang
Perjuangan pengorbanan lambang kemegahan
Demi mu Malaysia Islam pastikan dijulang

Malaysia oh tanah iar tercinta
Demimu kami pertaruhkan jiwa
Harapan menggunung secerah pawana
Kalimah Allah kan pasti bertakhta

( suara kampus , iskandariah )




from:
yus_farinaidayu03@yahoo.com
done on:
Tue, 1 Aug 2006 02:07:14

Wednesday, July 12, 2006

apa yang kau tahu?!!

apa yang kau tahu tentang hidup?
apa yang kau tahu tentang budak sekolah rendah yang sudah pandai merogol?
apa yang kau tahu tentang bapak yang perkosa anak sendiri?
apa yang kau tahu tentang si ibu yang berzina di depan mata zuriatnya sendiri?
apa yang kau tahu tentang muda mudi yang memurahkan maruah mereka?
apa yang kau tahu tentang lubuk tupah?
apa yang kau tahu tentang nilai sehelai tudung?
apa nilai peluk cium?
apa nilai aurat?
nilai dara?
nilai seorang bayi?
kenapa ke tong sampah?
di mana manusia dan kemanusiaan?
sedang kau di dalam kepompong selesa, bersama kawan, berhibur, berseronok dan sibuk dengan piala dunia
tanpa pernah terfikir apa yang terjadi kepada jiran sebelah, tetangga dan anak bangsa sendiri.
sudah makankah?
sudah solatkah?
hidup atau matikah?
atau sudah murtadkah?
dan kau pula masih di kepompong itu lagi, bersama isme-isme ciptaan sendiri,
untuk kegunaan mengangkat bakul sendiri,
melaungkan aku lah yang paling ilmu di kalangan kamu,
sedang dunia semakin menghitam.
sudah terngadah,
lalu tersedar,
aku cuba menjenguk keluar kepompong ku,
melihat kalau-kalau ada yang boleh aku bantu,
beritahulah aku,
sedarkanlah aku,
kita khalifah, bertugaslah kita..

saifullah_almaslul@yahoo.com
Gombak,
8 julai 06,
12 r/akhir 1427,
jam0048,
sedang merenung..

Tuesday, July 11, 2006

situasi2 pendakwah (bahagian satu)

Situasi 1.

Di sebuah lorong, antara dua bangunan kedai pakaian terkemuka dan sebuah kedai karpet di tengah kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur…
Seorang gadis berpakaian serba singkat, berjalan melepasi seorang jejaka Muslim yang macho dan tampan pakaiannya.. lalu berkata..

“hai, hensem.. jom kita minum2, ringan-ringan dulu.. jom lah..” tanpa segan dan malu.

Jejaka tersebut berkata sambil menyumpah, “kau ni manusia ke syaitan? Setau aku Cuma syaitan je yang ajak manusia buat zina!” (dan terus hilang kemachoannya..)

Si gadis merasa terhina, lalu berkata, “woi, boleh blahlah! Ko ingat orang dengar mcmtu boleh ikut islam kau ke!ayat cover la sikit..pegi daaa!!!”

Analisis maklumat dan fikir:

1) pendakwah memang diseru untuk menyeru kepada Islam bukan dengan cara kekerasan, sebaliknya mereka perlu mendekati mad’u dengan maa’ruf, tanpa prejudis kepada mereka.
2) Pendakwah perlu menunjukkan izzah Islam sebagai satu agama yang mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Oleh itu, ketegasan juga perlu.. tak perlu buatkan orang yang memeluk Islam terasa lemah dengan lemahnya teguran yang akan kita buat.

Persoalan:
1) Antara menghampiri hikmah dan mengangkat izzah, mana yang lebih perlu untuk diutamakan?
2) Apakah ciri mad’u yang perlu diseru dengan hikmah dan apakah pula ciri mad’u yang perlu diseru dengan menguatkan izzah?
3) Bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghampiri hikmah dan dalam masa yang sama mengangkat izzah?


Apa pandangan anda?

Friday, July 07, 2006

Asbabunnuzul (bhg 3)

Asbabunnuzul juga diperlukan untuk mengenal pasti individu yang dimaksudkan dalam cerita pada ayat-ayat Al Quran yang tertentu. Tanpa asbabunnuzul, sudah pasti kita tidak akan dapat mengenali siapakah sahabat yang dimaksudkan dengan kisah tersebut.

Satu contoh dalam surah atTaubah ialah tentang Abu Bakar yang bersama-sama Nabi S.a.w dalam Gua ketika beliau bersembunyi sebelum ke Madinah pada keesokan harinya. Ayat itu telah menyebut tentang seorang sahabat yang bersama Nabi dalam ketakutan, dan Nabi berkata padanya, “jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita.”

Hanya dengan asbabunnuzul barulah kita mengetahui bahawa sahabat yang dimaksudkan ialah Saidina Abu Bakar Assiddiq R.A.

Satu kes lain adalah dalam kisah hukum zihar Khaulah bintu Tsa’labah dengan suaminya Aus bin Shomit. Hukum zihar adalah hukum yang telah lama wujud dalam kejahilan masyarakat pra-Islam pada zaman sebelum nabi Muhammad s.a.w diutuskan. Hukum ini sangat kejam, zalim dan tidak adil pada wanita.

Kenapa? Kerana ia memberikan kuasa cerai yang tidak terbatas pada sang suami, hanya dengan menyamakan isterinya dengan belakang ibunya atau mana-mana bahagian lain yang jelas, isterinya akan menjadi haram buatnya.

Apabila pada suatu hari Aus berkata pada Khaulah, “belakangmu seperti belakang ibuku”, Khaulah sedar yang dia telah diceraikan, sedang ketika itu dia sudah pun lama bersama dengan suaminya, dan memiliki anak-anak. Dengan sedih Khaulah berjuimpa Rasulullah dan bertanyakan tentang perkara ini. Rasulullah tidak menjawab seperti mana yang Khaulah inginkan, dan beliau rasa dirinya tidak dibela oleh Rasulullah.

Tidak lama kemudian turunlah ayat pertama dan kedua surah Al Mujadalah yang menegur Baginda SAW dan menceritakan tentang hukuman zihar (yang ketika itu, jelasnya, telah diterima masuk ke dalam hukum kahwin-cerai dalam Islam).

Identifikasi sahabat-sahabat seperti ini, antara signifikannya, telah meletakkan satu tanda aras dalam pemikiran Muslim dahulu dan kini, bahawa kemaksuman itu hanya ada pada nabi, dan meskipun mereka bergelar sahabat, mereka juga tidak terlepas dari silap. Istimewanya mereka adalah kerana silap mereka dijadikan sebab untuk penurunan ayat Quran yang sungguh istimewa. Namun begitu kita janganlah kecewa pula, kerana umat akhir zaman lebih istimewa dari mereka, kerana solat sunat seorang hamba yang ikhlas di akhir zaman istimewanya diibaratkan lebih pantas dari angin.

(bersambung di bahagian 4)

Monday, July 03, 2006

Asbabunnuzul (bhg 2)

Asbabunnuzul, oleh itu, merupakan salah satu antara cabang ilmu yang sangat penting dalam bidang penafsiran Al Quran.

Setiap perubahan yang berlaku dalam sistem pemahaman sains, memerlukan teori dan pembuktian. Hujah saintifik ini juga wujud dalam pengiktirafan asbabunnuzul terhadap bidang ilmu tafsir.

Bagi setiap penurunan ayat, asbabunnuzul akan menceritakan mengapa ayat tersebut diturunkan, dan ini termasuklah persoalan mengenai nasakh mansukh ayat, dan ayat mutasyabihat dan muhkamat di dalam Al Quran. Perubahan hukum yang berlaku diterangkan dengan hujah dari kisah asbabunnuzul yang diceritakan melalui riwayat2 hadis yang sahih dan diyakini.

Ini menjadikan asbabunnuzul antara bidang ilmu Islam bukan-sains yang turut dilengkapkan dengan sistem teori-praktikaliti.

Sudah sememangnya manusia cenderung untuk membuat penilaian sendiri terhadap pemahaman perkara baru, tanpa merujuk kepada sebab sebenar mengapa ia dihujahkan sebegitu rupa kepada manusia itu sendiri. Di sinilah peranan penting asbabunnuzul dalam membetulkan penilaian manusia itu, yang seringkali tersasar dari pemahaman yang sebenar.

Sebagai contoh, dalam ayat Al Imran 158, diterangkan mengenai sifat manusia yang gembira apabila dipuji manusia lain, sedang dia sebenarnya tidak melakukan apa yang dipuji oleh manusia lain itu kepadanya, atau dalam erti kata lain, dia tidak layak untuk dipuji sedemikian rupa.

Seorang ilmuwan, telah tersilap dalam pentafsiran ayat tersebut, dengan membawakan ideanya sendiri ke dalam pentafsirannya.

Beliau kemudiannya mempersoalkan kenapa ayat itu tidak membenarkan manusia dipuji atas apa yang tidak dia lakukan, dan mengatakan bahawa perbuatan itu sememangnya tidak elok kerana bergembira atas pujian pada perkara yang tidak dilakukan adalah tidak betul, lebih kepada aspek psikologi.

Sedangkan, apabila dirujuk pada asbabunnuzul, al Quran sebenarnya sedang menceritakan tentang para pendeta Yahudi bersikap sedemikian rupa, juga merujuk kepada kesilapan salah seorang sahabat, yang pada mulanya akan ke suatu perang, tetapi dia kemudiannya telah memutuskan untuk tidak ke medan peperangan sebaliknya berehat di rumah. Apabila seorang sahabat lain memujinya di depan Rasulullah, bahawa sahabat itu tiada bersama mereka kerana beliau pergi berperang, RAsulullah cuma menjawab, “baguslah” dan sahabat mengira bahawa Baginda turut memuji sahabat tersebut. Sedang yang dirujuk dengan perkataan “baguslah” bukanlah kepada sahabat itu, tetapi perlian Baginda kepada sikap sahabatnya tadi.

(bersambung ke bahagian 3)

Thursday, June 22, 2006

KERANA SELEMBAR BULU MATA

KERANA SELEMBAR BULU MATA



Di ceritakan di Hari pemblasan kelak, ada seorang hamba Allah yang di adili.Ia tertuduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.Tetapi ia berkeras membantah.Tidak,demi langit dan bumi sungguh tidak benar.saya tidak melakukan semua itu.” Tetapi saksi-saksi menyatakan engkau betul- betul telah menjerumuskan dirimu ke dalam dosa,” jawab malaikat.Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan lalu ke segenap penjuru.Tetapi anehnya , ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri .Di situ hanya dia ada sendirian .Maka ia pun menyanggah, “Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? “Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu.” “Inilah saksi-saksi itu,” ujar malaikat.Tiba-tiba mata angkat berbicara,Saya yang memandangi.”Di susul oleh telinga, “Saya yang mendengarkan .”Hidung pun tak ketinggalan, “Saya yang mencium .” Bibir mengaku, “Saya yang merayu.”Lidah menambah , “ Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan , Saya yang meraba dan meremas.” Kaki menyusul, “ Saya yang di pakai lari ketika ketahuan.”.
“Nah kalau ku biarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberitahu kesaksian tentang perbuatan aibmu itu,”ucap malaikat . Maka orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi.Ia putus asa dan amat berduka, kerana sebentar lagi dia akan di humbankan ke dalam neraka JahanamPadahal , rasa- rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.
Tatkala di sedang di landa kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari dari selembar bulu matanya: “ Saya juga ingin mengangkat sumpah sebagai saksi.” “ Silakan, kata malaikat.Terus terang saja, menjelang ajalnya , pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah di basahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya.Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba bertaubat, walaupun dari selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah di haramkan dirinya dari ancaman api neraka?Maka saya , selembar bulu matanya , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”
Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut telah di bebaskan dari neraka dan di hantarkan ke syurga, sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga : “Lihatlah , Hamba Tuhan ini talah masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.

Thursday, June 08, 2006

KERANA MULUT

KERANA MULUT



Berhati-hati ketika berkata kerana kata-kata itu adalah doa.Kadangkala kerana terlalu marah, kita berkata apa sahaja yang terlintas di dek fikiran kita, tanpa memikirkan baik buruknya.Lebih malang lagi apabila kata-kata yang diucapkan itu mengandungi kata-kata kesat serta boleh menyingungkan hati orang lain.Kerana bisanya mulut,mulut akan dibisukan di Akhirat kelak .Ketika itu hanya anggota badan yang akan menjadi juru cakap dan mendedahkan segala baik buruk yang telah dilakukan di dunia .Anggota badanlah yang akan mendakwa kita nanti..Firman ALLAH yang bermaksud

“Pada hari itu , kami meterai mulut mereka (sejurus )dan (memberi peluang kepada) tangan –tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing ) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka usahakan.”(Yasin:65)

Moga-moga kita semua menggunakan mulut kita di jalan yang diredhai-Nya, seperti berzikir dan mengucapkan perkara yang baik-baik.Hargailah kurniaan ALLAH yang cukup berharga itu, supaya ia tidak menyalahkan kita semua di Akhirat kelak.Wallahualam.

Tuesday, May 30, 2006

Tanda keberkatan

Tanda keberkatan


Apa makna berkat sebenarnya?Macam mana kita nak merasai nikmat keberkatan?Menurut kata salah seorang pendakwah yang terkenal di negara kita, tanda- tanda keberkatan itu dapat dirasai oleh empunya badan itu sendiri.Antaranya , kata beliau, empunya badan dapat merasai kasih sayang yang Esa dan rasa di kasihi oleh keluarganya.Tambah beliau, untuk mencapai kepuasan hidup,keberkatan itu amat diperlukan.Sudah tentu dengan hadirnya keberkatan dalam hidup, yang susah jadi senang, yang sikit tak terasa kekurangannya, malah rasa cukup dengan apa yang ada.Bagaimana pula dengan method utk mendapatkan keberkatan?Salah satu caranya adalah dengan hidup penuh beradab, barulah keberkatan boleh hadir dalam hidup seseorang .Ini adalah kerana, berkat adalh sesuatu yang halus, oleh itu utk mendapatkannya juga perlulah berhalus,iaitu dari konteks perilaku.Contohnya dari segi adab masuk rumah,bergaul, bercakap,adab dengan tetamu, belajar dan sebagainya.Adab-adab inilah yang akan menetukan ukuran keberkatan yang datang pada kita.Oleh itu, peliharalah tingkah laku, jaga adab, barulah keberkatan seiring dalam kehidupan kita. Cuba bayangkan hidup tanpa keberkatan, hidup pasti terasa sempit, kosong dan tiada maknanya kerana di hati kecilnya terasa kekurangan.Wallahualam….

Wednesday, May 17, 2006

Asbabnuzul:Suatu Kaedah Penghujahan Al Quran

Kedapatan di antara kita yang selalu tersilap sangka dan perhitungan dalam mentafsirkan makna perkataan tertentu dalam ilmu agama. Saya juga tidak terkecuali.

Antara turutan ilmu paling penting yang sering disalaherti dan disalah anggap adalah kaedah penghujahan ayat Quran yang hanya berdasarkan kepada pemerhatian, sangkaan, anggapan dan pendapat peribadi individu, bukannya kepada asbabunnuzul ayat.

Apakah asbabunnuzul? Dan apa pula kaitannya dengan penghujahan atau penterjemahan ayat Quran?

Asbabunnuzul adalah ilmu Quran yang membahaskan tentang sebab atau alasan mengapa ayat Quran tersebut diturunkan kepada junjungan mulia kita, Muhammad Rasulullah s.a.w.

Menurut apa yang saya telah pelajari semalam, 16 Mei 2006, terdapat 3 jenis asbabunnuzul yang wujud dalam Quran.

Pertama, satu sebab untuk berbilang penurunan ayat (one reason for multiple revelation). Untuk contoh pertama ini, saya khabarkan pada anda mengenai kisah Nabi kita yang telah pun mengajak Quraisy kepada Islam dalam satu majlis. Kemudian ada di antara kaum Quraisy ini mengatakan; "kami akan mememeluk Islam dan mengikutimu, tapi kamu hendaklah menghalau mereka2 yang rendah tarafnya dari majlis kami." Ini bermakna, mereka (termasuk Rasulullah,) tidak boleh duduk bersama orang orang seperti Khabbab al Arad, Sohaib, Bilal dan Ammar, kerana orang orang ini dianggap rendah oleh mereka, disebabkan taraf mereka sebagai hamba sahaya.

Lalu Allah menurunkan dua ayat. Pertama ialah Al An'am 52 dan kedua Al kahfi 28. Kedua2 ayat ini adalah berkaitan perkara di atas.

Kedua, berbilang sebab untuk satu penurunan ayat (multiple reason for one single revelation). Untuk contoh yang kedua ini, peristiwanya adalah seperti berikut:
Nabi S.A.W telah berkunjung ke rumah isterinya Zainab binti Jahsy untuk memenuhi gilirannya. Zainab adalah isteri nabi yang paling cantik, berbanding yang lain. Jadi, Aisyah cemburu lalu berbincang dengan Hafsah untuk mengelakkan Rasulullah daripada ke rumah Zainab di masa akan datang.

sekembalinya Nabi dari rumah Zainab yang disayangi, Aisyah berkata kepada nabi:

"apakah yang kau makan di rumah Zainab wahai kekandaku?"
"aku makan madu"
"sesungguhnya mulutmu berbau"
"baiklah... selepas ini aku tidak akan makan madu" (yang bermaksud, Nabi tidak akan mengunjungi lagi Zainab walau sampai gilirannya)

Peristiwa kedua mengatakan bukan Zainab yang menjadi mangsa keadaan tetapi seorang lagi Isteri Nabi iaitu Mariyah al Qibtiyah. Mariyah adalah asalnya seorang hamba yang diberikan atau dihadiahkan kepada Nabi oleh pembesar Mesir. Dia juga seorang yang sangat cantik. Ceritanya sama cuma wataknya sahaja yang berbeza.

Lalu turunlah ayat surah atThalaq 1 dan 2. Ayat ini menceritakan mengapa Rasulullah hendak mengharamkan perkara yang halal baginya (iaitu hubungan perkahwinannya dengan Zainab atau Mariyah).

(bersambung di bahagian 2)

Tuesday, May 02, 2006

CCTV

“Sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami” – Ath-thuur: 48

Saat terbaca ayat ini, saya segera teringat teori CCTV amalan yang pernah saya fikirkan dan laksanakan dalam kehidupan.

Saya pernah terdengar tentang majikan memasang CCTV di pejabat bagi memantau pekerjanya. Jadi, pekerjanya tidak mempunyai pilihan selain bekerja seperti yang dikehendaki. Pekerja yang baik tidak memerlukan CCTV untuk diawasi. Jika mereka amanah, mereka akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa perlu dipantau.

Salah satu sifat Allah yang diketahui ialah Allah Maha Melihat. Allah melihat hamba-hambaNya setiap masa tanpa rasa jemu. 24 jam setiap saat. Tetapi manusia selalu leka. Sudah tahu sifat Allah yang satu ini masih berani melakukan perkara yang telah Allah nyatakan secara jelas tidak disukaiNya. Sifat Allah yang Maha Melihat inilah saya gambarkan sebagai CCTV amalan.

CCTV ini merakamkan setiap detik waktu yang kita lalui dalam kehidupan seharian. CCTV ini tidak pernah kehabisan pita rakaman. Ia tidak akan pernah berhenti merakam setiap amalan, baik yang elok mahupun tidak. Sebab itu seorang pencuri digambarkan tidak akan mencuri selagi dia masih ada iman. Bukankah orang-orang yang berkemampuan memasang CCTV dirumahnya untuk mengelakkan pencuri? Namun, ramai hamba Allah yang menjadi pencuri terhadap Pencipta mereka.

Lebih menarik, CCTV amalan ini ada di mana-mana sahaja dari pelbagai sudut. CCTV yang ada hari ini begitu terhad, hanya terdapat di tempat tertentu dan mampu merakam sudut tertentu sahaja. Sudah tentu bagi penjenayah yang mahir, dapat mengelakkan diri daripada di rakam. CCTV ini juga tidak dapat berfungsi sekiranya elektrik terputus. Ini sangat berbeza dengan CCTV amalan kerana ia tidak memerlukan kuasa elektrik, tenaga solar atau sebarang tenaga untuk membuatnya berfungsi bahkan ia akan terus merakam tanpa mengira waktu.

Seperti pencuri yang dihadapkan ke mahkamah dengan bukti rakaman CCTV, begitulah juga manusia dibicarakan di mahkamah agung akhirat kelak. Jika di mahkamah dunia, rakaman CCTV sudah cukup untuk membuktikan jenayah yang dilakukan. Sebaliknya di mahkamah agung akhirat, segala bukti akan dikemukakan. Tidak cukup rakaman sahaja, catatan dua pengawal peribadi yang setia, amanah lagi jujur bernama Raqib dan ‘Atid pula dipersembahkan. Anggota badan pula bakal tampil memberi kesaksian. Begini keadaannya, apakah penjenayah boleh melepaskan diri dari hukuman?

Sesiapa sahaja, di mana jua, tak kira masa, sekiranya mereka menyedari hakikat ini, sudah tentu tiada manusia berani melakukan jenayah. Tiada insan yang berani menjadi munafik, zalim, fasik. Semua pasti berlumba melakukan kebaikan. Semuanya pasti bukan sahaja berusaha meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa, malah semua perkara yang Allah tak suka. Motivasi mereka bertambah dengan ganjaran yang telah Allah janjikan.

“ Mal ihsan? An ta’budallaha kaannaka tarah, faillam takun tarah, fainnahu yarak!” – hadith

Sunday, April 02, 2006

Virus Merah Jambu

oleh: Maszlee Malik


Menginstall Iman Akibat Virus Merah Jambu

Pernah tidak anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menganggu program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Hendak tahu virus apakah itu?

Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar dihilangkan. Dari pelbagai kes yang pernah ditemukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para remaja yang tidak mempunyai sistem "firewall" berupa software Iman.

Tapi survei juga ada membuktikan juga, walaupun para remaja tersebut memiliki software Iman pun, namun kerana jarang membuka file C:\Iman\CintaIlahi.Exe atau file C:\Iman\Rajinibadah.doc yang berada di dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar ke seluruh komputer hati mereka. Kebiasaannya ia akan bermula dengan penurunan iman secara berperingka-peringkat.

Maka, jika sedemikian jadinya, apa yang akan berlaku seterusnya? Maka mulailah virus ini bekerja menganggu sistem, program-program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih keredhaanNya. Namun banyak juga yang suka dengan kemunculan syaitan tersebut. Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem otak syaraf dan akal mereka menjadi "hang" serta tidak dapat berfungsi secara normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak syaraf dan akal yang kita miliki. Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta kepada Ilahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapannya ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file "cintadunia.exe". Lalu masukan disket anti virus yang berisi file "syakshiyah.exe" yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus merah jambu sampai ke akar-akarnya apabila file tersebut dijalankan. Jika anti virus tersebut tidak berhasil, maka anda perlu menginstall kembali software "iman". Anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun "installer iman" secara percuma. Atau anda juga boleh membeli "disket installer" berisi file "Aqidah.exe" atau "Imankuat.doc". Jika sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…

Wednesday, March 15, 2006

Media mengorak langkah

Sepi sekian lama
Hingga tiada perkembangan direkodkan
Kini,
Media kembali
Azam baru
Semangat baru
Hasrat cuma satu
Alternatif penyampaian dakwah

Kebangkitan Media...