Monday, July 03, 2006

Asbabunnuzul (bhg 2)

Asbabunnuzul, oleh itu, merupakan salah satu antara cabang ilmu yang sangat penting dalam bidang penafsiran Al Quran.

Setiap perubahan yang berlaku dalam sistem pemahaman sains, memerlukan teori dan pembuktian. Hujah saintifik ini juga wujud dalam pengiktirafan asbabunnuzul terhadap bidang ilmu tafsir.

Bagi setiap penurunan ayat, asbabunnuzul akan menceritakan mengapa ayat tersebut diturunkan, dan ini termasuklah persoalan mengenai nasakh mansukh ayat, dan ayat mutasyabihat dan muhkamat di dalam Al Quran. Perubahan hukum yang berlaku diterangkan dengan hujah dari kisah asbabunnuzul yang diceritakan melalui riwayat2 hadis yang sahih dan diyakini.

Ini menjadikan asbabunnuzul antara bidang ilmu Islam bukan-sains yang turut dilengkapkan dengan sistem teori-praktikaliti.

Sudah sememangnya manusia cenderung untuk membuat penilaian sendiri terhadap pemahaman perkara baru, tanpa merujuk kepada sebab sebenar mengapa ia dihujahkan sebegitu rupa kepada manusia itu sendiri. Di sinilah peranan penting asbabunnuzul dalam membetulkan penilaian manusia itu, yang seringkali tersasar dari pemahaman yang sebenar.

Sebagai contoh, dalam ayat Al Imran 158, diterangkan mengenai sifat manusia yang gembira apabila dipuji manusia lain, sedang dia sebenarnya tidak melakukan apa yang dipuji oleh manusia lain itu kepadanya, atau dalam erti kata lain, dia tidak layak untuk dipuji sedemikian rupa.

Seorang ilmuwan, telah tersilap dalam pentafsiran ayat tersebut, dengan membawakan ideanya sendiri ke dalam pentafsirannya.

Beliau kemudiannya mempersoalkan kenapa ayat itu tidak membenarkan manusia dipuji atas apa yang tidak dia lakukan, dan mengatakan bahawa perbuatan itu sememangnya tidak elok kerana bergembira atas pujian pada perkara yang tidak dilakukan adalah tidak betul, lebih kepada aspek psikologi.

Sedangkan, apabila dirujuk pada asbabunnuzul, al Quran sebenarnya sedang menceritakan tentang para pendeta Yahudi bersikap sedemikian rupa, juga merujuk kepada kesilapan salah seorang sahabat, yang pada mulanya akan ke suatu perang, tetapi dia kemudiannya telah memutuskan untuk tidak ke medan peperangan sebaliknya berehat di rumah. Apabila seorang sahabat lain memujinya di depan Rasulullah, bahawa sahabat itu tiada bersama mereka kerana beliau pergi berperang, RAsulullah cuma menjawab, “baguslah” dan sahabat mengira bahawa Baginda turut memuji sahabat tersebut. Sedang yang dirujuk dengan perkataan “baguslah” bukanlah kepada sahabat itu, tetapi perlian Baginda kepada sikap sahabatnya tadi.

(bersambung ke bahagian 3)

No comments: