Asbabunnuzul juga diperlukan untuk mengenal pasti individu yang dimaksudkan dalam cerita pada ayat-ayat Al Quran yang tertentu. Tanpa asbabunnuzul, sudah pasti kita tidak akan dapat mengenali siapakah sahabat yang dimaksudkan dengan kisah tersebut.
Satu contoh dalam surah atTaubah ialah tentang Abu Bakar yang bersama-sama Nabi S.a.w dalam Gua ketika beliau bersembunyi sebelum ke Madinah pada keesokan harinya. Ayat itu telah menyebut tentang seorang sahabat yang bersama Nabi dalam ketakutan, dan Nabi berkata padanya, “jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita.”
Hanya dengan asbabunnuzul barulah kita mengetahui bahawa sahabat yang dimaksudkan ialah Saidina Abu Bakar Assiddiq R.A.
Satu kes lain adalah dalam kisah hukum zihar Khaulah bintu Tsa’labah dengan suaminya Aus bin Shomit. Hukum zihar adalah hukum yang telah lama wujud dalam kejahilan masyarakat pra-Islam pada zaman sebelum nabi Muhammad s.a.w diutuskan. Hukum ini sangat kejam, zalim dan tidak adil pada wanita.
Kenapa? Kerana ia memberikan kuasa cerai yang tidak terbatas pada sang suami, hanya dengan menyamakan isterinya dengan belakang ibunya atau mana-mana bahagian lain yang jelas, isterinya akan menjadi haram buatnya.
Apabila pada suatu hari Aus berkata pada Khaulah, “belakangmu seperti belakang ibuku”, Khaulah sedar yang dia telah diceraikan, sedang ketika itu dia sudah pun lama bersama dengan suaminya, dan memiliki anak-anak. Dengan sedih Khaulah berjuimpa Rasulullah dan bertanyakan tentang perkara ini. Rasulullah tidak menjawab seperti mana yang Khaulah inginkan, dan beliau rasa dirinya tidak dibela oleh Rasulullah.
Tidak lama kemudian turunlah ayat pertama dan kedua surah Al Mujadalah yang menegur Baginda SAW dan menceritakan tentang hukuman zihar (yang ketika itu, jelasnya, telah diterima masuk ke dalam hukum kahwin-cerai dalam Islam).
Identifikasi sahabat-sahabat seperti ini, antara signifikannya, telah meletakkan satu tanda aras dalam pemikiran Muslim dahulu dan kini, bahawa kemaksuman itu hanya ada pada nabi, dan meskipun mereka bergelar sahabat, mereka juga tidak terlepas dari silap. Istimewanya mereka adalah kerana silap mereka dijadikan sebab untuk penurunan ayat Quran yang sungguh istimewa. Namun begitu kita janganlah kecewa pula, kerana umat akhir zaman lebih istimewa dari mereka, kerana solat sunat seorang hamba yang ikhlas di akhir zaman istimewanya diibaratkan lebih pantas dari angin.
(bersambung di bahagian 4)
Friday, July 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment