Kedapatan di antara kita yang selalu tersilap sangka dan perhitungan dalam mentafsirkan makna perkataan tertentu dalam ilmu agama. Saya juga tidak terkecuali.
Antara turutan ilmu paling penting yang sering disalaherti dan disalah anggap adalah kaedah penghujahan ayat Quran yang hanya berdasarkan kepada pemerhatian, sangkaan, anggapan dan pendapat peribadi individu, bukannya kepada asbabunnuzul ayat.
Apakah asbabunnuzul? Dan apa pula kaitannya dengan penghujahan atau penterjemahan ayat Quran?
Asbabunnuzul adalah ilmu Quran yang membahaskan tentang sebab atau alasan mengapa ayat Quran tersebut diturunkan kepada junjungan mulia kita, Muhammad Rasulullah s.a.w.
Menurut apa yang saya telah pelajari semalam, 16 Mei 2006, terdapat 3 jenis asbabunnuzul yang wujud dalam Quran.
Pertama, satu sebab untuk berbilang penurunan ayat (one reason for multiple revelation). Untuk contoh pertama ini, saya khabarkan pada anda mengenai kisah Nabi kita yang telah pun mengajak Quraisy kepada Islam dalam satu majlis. Kemudian ada di antara kaum Quraisy ini mengatakan; "kami akan mememeluk Islam dan mengikutimu, tapi kamu hendaklah menghalau mereka2 yang rendah tarafnya dari majlis kami." Ini bermakna, mereka (termasuk Rasulullah,) tidak boleh duduk bersama orang orang seperti Khabbab al Arad, Sohaib, Bilal dan Ammar, kerana orang orang ini dianggap rendah oleh mereka, disebabkan taraf mereka sebagai hamba sahaya.
Lalu Allah menurunkan dua ayat. Pertama ialah Al An'am 52 dan kedua Al kahfi 28. Kedua2 ayat ini adalah berkaitan perkara di atas.
Kedua, berbilang sebab untuk satu penurunan ayat (multiple reason for one single revelation). Untuk contoh yang kedua ini, peristiwanya adalah seperti berikut:
Nabi S.A.W telah berkunjung ke rumah isterinya Zainab binti Jahsy untuk memenuhi gilirannya. Zainab adalah isteri nabi yang paling cantik, berbanding yang lain. Jadi, Aisyah cemburu lalu berbincang dengan Hafsah untuk mengelakkan Rasulullah daripada ke rumah Zainab di masa akan datang.
sekembalinya Nabi dari rumah Zainab yang disayangi, Aisyah berkata kepada nabi:
"apakah yang kau makan di rumah Zainab wahai kekandaku?"
"aku makan madu"
"sesungguhnya mulutmu berbau"
"baiklah... selepas ini aku tidak akan makan madu" (yang bermaksud, Nabi tidak akan mengunjungi lagi Zainab walau sampai gilirannya)
Peristiwa kedua mengatakan bukan Zainab yang menjadi mangsa keadaan tetapi seorang lagi Isteri Nabi iaitu Mariyah al Qibtiyah. Mariyah adalah asalnya seorang hamba yang diberikan atau dihadiahkan kepada Nabi oleh pembesar Mesir. Dia juga seorang yang sangat cantik. Ceritanya sama cuma wataknya sahaja yang berbeza.
Lalu turunlah ayat surah atThalaq 1 dan 2. Ayat ini menceritakan mengapa Rasulullah hendak mengharamkan perkara yang halal baginya (iaitu hubungan perkahwinannya dengan Zainab atau Mariyah).
(bersambung di bahagian 2)
Wednesday, May 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment