Thursday, October 11, 2007
Perutusan Syawal 1428H
Wednesday, October 10, 2007
Antara Mata dan Hati

Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yg dtg tiada rasa dariNya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerah kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih berbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
Semua org rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga tidak terasa akan nikmatnya
Itu menunjukkan jiwa kita mati atau buta
Monday, September 17, 2007
Mari Membeli Sambil Bersedekah

Maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.jim. org.my/miphc
Inilah masanya untuk membantu saudara baru seaqidah kita yang masih memerlukan bantuan dan perhatian kita. Inilah masanya untuk menyumbang dan bersedekah terutama di bulan mulia Ramadhan ini yang mana Allah telah menjanjikan pahala berganda untuk hamba-hambaNya yang bersedekah.
Allahu'alam
Friday, September 14, 2007
Rayuan Ramadhan
“Saya menyeru umat Islam agar menyumbang dengan murah hati, sebagai tanda kasihdan ingatan, membantu saudara-saudara kita seagama yang ditimpa musibah. Agar usaha kita yang kecil ini dapat jua meringankan bebanan mereka di Palestin, Mindanao, Maluku, Aceh, Selatan Thailand, Sri Lanka, Kemboja, Jogjakarta, Jawa Barat, Selatan Siam, Afghanistan, Baluchistan dan tempat-tempat lain. Pada tahun lepas projek Rayuan Ramadhan ini berjaya sampai kepada lebih 30,000 orang. Marilah kita sama-sama berusaha agar dapat mencapai sasaran yang lebih tinggi pada tahun ini. Ingatlah bahawa harta yang kita beri itulah yang kita dapati di sisi Allah kelak. Selamat merebut peluang mengejar ganjaran Allah yang berlipat ganda sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.”
Hj. Zaid Kamaruddin (Presiden JIM)
Tuesday, August 28, 2007
JIWA REMAJA YANG MERDEKA
Di saat seluruh negara sedang membilang hari menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja yang masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja yang merdeka. Lahir pasca merdeka terutamanya, menyebabkan mereka hanya bisa mendengar kisah kemerdekaan dari generasi emas atau berusaha memahaminya dari rakaman yang masih tersimpan. Namun, apakah ini semua bisa menjadi alasan untuk tidak memperolehi jiwa merdeka? Dari sudut yang lain pula, apakah lahir sebelum merdeka dan merasai pengalaman dijajah menjadi syarat untuk memperoleh jiwa merdeka?

Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa yang merdeka lebih dari itu! Maka, mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan memahami nilainya yang sebenar bisa memberikan kita kesedaran tentang betapa penting dan berharganya aset ini. Malah, kefahaman ini bisa memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan yang diberikan kepada kita.
Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan 5 asas penting;
Pertama, jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya. Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan sehariannya.
Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas di zaman Rasulullah s.a.w.
Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan dari memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya. Mereka berusaha menekuni iktibar dari kegemilangan dan keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri mereka dan betapa tingginya nilai diri mereka apabila mereka menjadi remaja yang berusaha memenuhi tujuan hidup mereka.
Firman Allah: ”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apapun denganKu, dan barangsiapa tetap kafir sesudah janji itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” (An-Nuur: 55).
Kedua, dengan berbekalkan kefahaman terhadap jati diri yang sebenar, jiwa remaja yang merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada kemerdekaannya kerana dia memahami bahawa dirinya hanya perlu tunduk kepada Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami implikasinya dengan sepenuh jiwanya.
Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dariNya. Malah, kalimah tauhid itu mendarah daging dan mengakar sehingga seluruh dirinya adalah cerminan kepada kecemerlangan sebuah kebenaran. Firman Allah: ”Itulah celupan Allah. Siapakah yang lebih baik celupannya dibandingkan dengan Allah?” (Al-Baqarah: 138).
Lalu, walaupun setelah 50 tahun
Ketiga, jiwa yang merdeka juga yakin dengan kewujudan dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa kematian itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluqNya. Firman Allah: ”Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh....” (An-Nisa’: 78).
Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya. Malah, setiap kelakuannya selalu terasa diawasi. Dirinya sentiasa merasa berTuhan!—satu-satunya Tuhan yang menciptakan dirinya, yang berkuasa mematikannya bila-bila masa, serta akan membangkitkannya untuk dinilai amalan yang telah dibuat di dunia yang sebentar ini.
Keempat, kesan daripada tiga ciri di atas, lahirlah remaja merdeka yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna. Tidak ada satu detik pun yang akan dizinkan untuk dibazirkan ke jalan tidak berguna. Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup dengan penuh erti.
Kelak, apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka bisa tersenyum bangga membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman Allah: ”wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam barisan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu” (Al-Fajr: 27-30).
Mereka puas kerana telah memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya. Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.
Lalu, mereka tidak terperangkap dalam kerugian yang menagih seluruh masa mereka hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk survival fizikal. Mereka tidak akan membiarkan hati mereka kecut dan gersang kerana perangkap ini. Mereka tidak akan merasa tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi merasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk memajukan diri dan ummah.
Kelima, jiwa remaja yang merdeka aadalah jiwa yang sentiasa memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran sepanjang sejarah telah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada yang untung dan ada yang rugi. Remaja yang berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung. Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh jiwa dan sepanjang hayatnya. Firman Allah: ”Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali kamu termasuk dalam orang yang ragu” (Al-Baqarah: 147).
Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia bukan pilihan, tapi ia anugerah! Ia juga bukan seperti berkebun atau memancing yang bisa dibuat hanya bila ada waktu lapang. Ia kerja jiwa merdeka seluruh hidupnya!
Akhir sekali, apa pentingnya merdeka pada jiwa, dan bukan hanya pada fizikal? Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam terasa sangat masin? Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin telah mati.
Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk memperngaruhinya, tetapi jiwa yang mati mudah sekali terjebak dengan apa jua anasir buruk yang datang kepadanya. Jadilah remaja yang berjiwa merdeka kerana jiwa merdeka itu adalah kekuatan untuk mempertahankan kemerdekaan fizikal yang telah dicapai. Malah, jiwa merdeka juga sentiasa hidup dan menjadi rahmat di mana jua ia berada.
Wednesday, July 11, 2007
Why do some people read horoscope?
| “ Why do some people read horoscope? Possibly because they want ‘someone’ to tell them what is going to happen. What about ‘designing’ what is going to happen? If u have been taught to recognize standard situations and to respond with the standard response, then the habit of designing the future is never developed. The judgement mode of the last millennium has crowded out the motivation and methods of design ” - Edward De Bono (New Thingking For The New Millenium) Krisis pemikiran bagi para daie kini banyak bergantung kepada ‘orang lama’ bagi meyuluh jalan dan arah masa kini. Tidakkah keadaan dan situasi sebegini akan mengaplikasikan satu natijah (consequences) yang tidak direncanakan oleh kita sendiri? Para daie harus keluar dari kepompong membaca horoskop yang sebenarnya mengikat dan memenjarakan kebebasan hikmah di dalam potensi diri pada daie untuk bergerak secara bijaksana di dalam aktivisme dakwah. Firman Allah yang mengatakan dakwah secara berhikmah itu adalah menuntut kepada para daie supaya betul dan benar berkenaan dengan uslub dakwwah itu sendiri. Bagaimana untuk memastikan uslub itu selari dengan dakwah kita? Pertama kembali kepada individu, kemudian persekitaran. Individu Lain tidak bukan, ilmu dan penghayatan perlu di jadikan darah daging para penggerak. Sikap dogmatik, yang suka membaca horoskop, di dalam gerakan dakwah dan diri sendiri tanpa ada perancangan dan mahu ianya terjadi di akan datang akan memalapkan kekuatan dakwah. Jika kita masih lagi mengharapkan ‘someone’ untuk memberitahu kepada kita apa yang akan berlaku di masa akan datang, maka kita adalah orang yang tidak memobilasikan keadaan. Sifat masa yang bergerak tanpa ada t=0, maka peluang dan ruang itu perlu diisikan supaya mobiliti dan kapasiti kendiri dapat dipenuhkan dengan perkara yang berfaedah. Itulah kesimpulan yang ada di dalam surah yang selalu kita bacakan selepas meeting atau pertemuan. Orang yang saling nasihat dan menasihati dan berpesan pesan kepada ilmu dan kebenaran akan membawa kita kepada situasi keberuntungan. Suasana Persekitaran kitalah yang sebenarnya akan membawa kita kepada kefahaman dan kematangan di dalam arena ini. Amat sukar dan payah jika kita tidak mengambil inisisatif bagi membolehkan diri kita ini ‘bergerak’. Satu perkara yang memberikan kesan yang baik kepada dakwah iaitu kepada golongan mad’u kita yang kita dakwahkan. Prinsipnya adalah seperti mana yang dikatakan oleh Covey; “Give aman a fish and u feed him for a day; teach him how to fish and u feed him for a lifetime” Prinsip ini boleh kita gunakan dan memang perlu kita mendidik, mengislah dan berdakwah kepada mad’u kita yang kini berada bersama-sama dengan kita kini. Ajar dan tunjukkan lah mereka jalan supaya mereka berkeupayaan untuk mendapat bekalan makanan sepanjang hidup mereka. Kitalah yang merangka (design) aktivisme dakwah kita. Jangan lagi kita membaca horoskop dan mengharapkan ‘someone’ membangunkan diri kita. Ditulis oleh Bro Syamil Disunting oleh Juwairiya Zulkifli |
Monday, July 09, 2007
Dakwah Kampus..
SEMINAR DAKWAH DALAM MASYARAKAT MAJKUK
DI KAMPUS
Anjuran K-Care
Tarikh : 15 Julai 2007
Tempat : Auditorium B, Kulliyyah of Engineering, UIA, Gombak
Masa : 8.30pg-4.30ptg
Yuran : RM 20 (Pelajar - RM 15)
"We Care, We Share"
Slot 1: “Pengalaman Sebagai Bekas Penganut Agama Kristian”
oleh Bro Joannes Lukas
Slot 2: Kewajipan Berdakwah
oleh Bro Ahmad Khairy Ahmad Domil
Slot 3: Memahami Masyarakat Cina
oleh Bro Danial Hakim Boey
Slot 4: Memahami Masyarakat India
oleh Bro Mohd. Fitri Abdullah
Slot 5: Cabaran & Halatuju Dakwah di Kampus
oleh Bro Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 11 JUL 2007 (RABU)
DAFTAR SEGERA ! TERBUKA KEPADA SEMUA!
Bro Mohammad Faizal Abdullah
JK Dakwah KARISMA Nasional
KARISMA Care (K-Care)
012-2921105
Fast to Fund Campaign
16th July 2007 = 1st Rajab 1428
That means,
it'll then be about 90 more days to
that is the
and,
it's the starting of
2. right click at the Picture and "Save As"
3. print & distribute to your friends n families!
sepanjang bulan Rejab & Sya’ban
16 hari x RM 2.50 sehari = RM 40
30 hari x RM 2 sehari = RM 60
RM 40 + RM 60 = RM 100
Wednesday, May 23, 2007
Prinsip Yang diGenggam Ar-Rasul
Merujuk di dalam penulisan Muhammad Munir al-Ghatban, antara prinsip awal yang menjadi genggaman bagi Ar-rasul dalam menyatakan keimanannya adalah
Mengenal Allah
Mengenal Rasulullah
Mengenal Hari Akhirat serta pembalasannya.
Banyak perbalahan serta ketidak puas hati manusia dalam menerima gelombang prinsip yang dipegang oleh Ar-Rasul ini. Namun, apa yang menjadi tumpuan di dalam mengenali hakikat prinsip yang digenggam oleh Ar-Rasul ialah Baginda akan membawa manusia kepada makrifatullah (mengenal Allah). Kedua, mengenal Rasul dan akhir sekali mengenal akanazab serta balasan ayang akan di adili oleh Pencipta mereka di akhirat kelak. Namun, prinsip ini sebenarnya amat sukar diterima oleh kaum Quraisy (orang Arab) kerana prinsip asal mereka terhadap selain daripada Allah telah begitu tebal sekali di dalam hati mereka. Maka, dengan adanya prinsip Ar-rasul dan mendapat tentangan dari mereka (kaum Quraisy), maka prinsip itulah yang dipertahankan oleh Baginda agar tidak bercampur aduk dengan prinsip yang lain.
Surah Al-Kafirrun
Genggaman sebenar prinsip Ar-Rasul di dalam membawa hidayah Allah kepada seluruh manusia adalah begitu hebat sekali. Ini jelas di ceritakan di dalam firman Allah , malah ada di ungkaikan di dalam seerah Ar-Rasul yang mana Ar-Rasul telah menerangkan prinsipnya dengan jelas di hadapan kaum Quraisy.
Firman Allah yang bermaksud ;
“Katakanlah “hai orang-orang yag kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah dengan apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhanyang kamu sembah. Untukmu lah agamu, dan untukkulah agamuku”
Jika di lihat dan diperhatikan ayat ini merupakan satu prinsip yang cukup hebat. Bagaimana prinsip yang digenggam enggan sekali dilepaskan walaupun ditawarkan dunia serta bulan, namun prinsip tetap prinsip dan perlu digenggam.
Principle Centered-Covey
Prinsip yang diutarakan dalam penulisan Covey banyak mengenengahkan berkenaan dengan pegangan di dalam menyatakan satu prinsip. Salah satu pegangan di dalam menyatakan serta menggenggam prinsip adalah melalui perubahan paradigma (paradigm shifts). Melalui perubahan ini, maka prinsip yang kekal akan dapat diterapkan di dalam seluruh tingkah laku.
Begitulah keadaan sebenarnya Ar-Rasul, yang mana paradigma asal berkenaan ketuhanan itu telah bertukar kepada Islam setelah mendapat hidayah di Gua Hira’, maka bertambahlah serta berkitarlah prinsip baru di dalam kehidupan Baginda di dalam membawa Islam itu sebagai satu prinsip yang perlu digenggam dan dibawa kepada seluruh umat manusia di dunia ini. Peralihan paradigma amat besar sekali di dalam membawa arah serta tujuan kehidupan di dalam arah yang benar atau kejayaan.
Covey juga ada menyatakan bahawa ‘Correct principles are like compasses: they are always pointing the way’. Adakah ini selari dalam seerah Ar-Rasul yang mana prinsip yang digenggami oleh Ar-Rasul itu menunjukkan kepada kita akan arah dan natijah akhirnya adalah menuju Allah? Bukan kah prinsip yang dibawa oleh Rasul itu seolah-olah kompas yang menunjukkan arah yang benar sepanjang masa?
Itulah hakikatnya seperti mana di dalam hadith yang disepakati oleh mutafaka alaih, yang mana Ar-Rasul menegaskan kepada seluruh umat Islam agar berpegang teguh lah kepada Islam sebagaimana kita menggigit kayu dengan geraham!
Istiqamah Menuju Kebahagiaan
Firman Allah di dalam surah Al- Imraan, ayat 185;
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan di dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
Semua jiwa pasti akan merasai kematian. Tidak kira siapa pun mereka. Walau hebat mana pun mereka, selagi mana mereka ini bergelar manusia, maka pasti akan merasai kesakitan ini. Walhal, makhluk lain yang bukan manusia juga akan merasai kematian. Pokok yang hijau, berdaun lebat, akhirnya akan kuning layu. Binatang yang kuat, gagah berlari dan melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua. Apatah lagi manusia yang lemah ini.
Bagaimana kebahagiaan (sa’adah) itu dikecapi? Terdapat dua firman Allah di dalam Quran yang menyatakan bahawa, terdapat cirri-ciri tertentu bagi mereka yang pasti mendapat kebahagiaan (sa’adah) ini, iaitu surah
Hud, ayat 105 dan ayat 108
(pada) masa datangnya (hari kiamat) itu, tiadalah seorangpun dapat berkata-kata (untuk membela dirinya atau memohon pertolongan) melainkan dengan izin Allah. Maka di antara mereka ada yang celaka, dan ada pula yang berbahgia (105)
Adapun orang-orang yang berbahgia (disebabkan imannya dan taatnya), maka di dalam syurgalah tempatnya. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu, sebagai pemberian nikmat yang tidak putus-putus (108)
Perkataan sa’adah atau bahagia itu di dalam ayat 105 dan 108 ialah sa’ieduu. Ianya merujuk kepada kebahagiaan di akhirat yang mana ianya hanyalah khusus kepada mereka yang taat, istiqamah serta yakin terhadap jalan-jalan yang di pilihnya. Mereka (orang-orang beriman) ini, yang mana mempunyai sikap berani, tenang dan sentiasa optimis di dalam segala rupa bentuk ujian dari Allah s.w.t. ,maka sa’adah yang dijanjikan untuk mereka itu adalah hak mutlak kepada mereka.
Terpedaya (Ghurur)
Satu halangan bagi manusia di dunia ini untuk mendapat sa’adah ialah, mereka mudah terpedaya dengan keindahan serta kebahagiaan yang bersifat sementara di dunia ini. Mereka menyangkakan kebahagiaan; kekayaan, populariti, pangkat dan sebagainya ini akan membahagiakan mereka selamanya. Sifat inilah yang sering manusia tunduk dan akhirnya akan berkencenderung hawa nafsunya kepada nikmat yang bersifat fatamorgana ini.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-An Aam, ayat 70;
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan, dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. Dan peringatkanlah mereka dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri tidak terjerumus di dalam neraka dengan sebab apa yang telah diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus dengan segala tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang diterjerumuskan dengan sebab apa yang diusahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)
Ghurur ialah sesuatu keadaan terpedaya akibat berubahnya satu niat atau perbuatan yang menyeleweng kepada Allah s.w.t. Manusia sering merasakan kebahgiaan yang sebenarnya adalah di dunia ini. Kekayaan yang melimpah ruah, harta yang banyak, pangkat yang tinggi di dalam organisasi, kemahsyuran yang disangjung tinggi oleh masyarakat, keputusan peperiksaan yang cemerlang bagi pelajar dan sebagainya. Adakah ini perilaku biasa yang berlaku terhadap diri kita? Maka sudah sememangnyalah kita dalam keadaan terpedaya.
Siapakah Dalang Kepada Ghurur
Surah Al-Araaf, ayat 22 yang bermaksud
Dengan sebab itu, dapatlah ia (iblis) menjatuhkan mereka berdua (Adam dan Hawa) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan buah dari pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka; “Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakana kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
Dan surah An- Nisaa’, ayat 120
Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipudaya semata-mata
Lain tidak bukan, bisikan iblis dan syaitan merupakan satu penghasut kepada manusia yang lemah.
Thursday, April 12, 2007
Thursday, March 15, 2007
Di mana kita? Ke mana kita?
Pada tahun ini juga kita bakal menghadapi deadline bagi Agenda 07. Di mana kita sekarang? Sudah cukupkah usaha kita untuk mencapai ketujuh-tujuh agenda ini? Berapakah ahli yang mengikuti pentarbiyyahan di lokaliti kita? Sejauh manakah usaha janaan dana di negeri kita? Berapa ramai pimpinan baru di tempat kita? Banyak mana IPT yang telah diterokai di negeri kita? Negeri mana yang telah mempunyai KARISMA negeri yang berperanan? Adakah KARISMA Interest Groups (KIG) telah dimanfaatkan sebaiknya? Negeri manakah yang telah mempunyai pusat pengoperasiannya sendiri? Ini merupakan soalan-soalan yang perlu kita jawab bersama-sama.
Tahun 2007 juga merupakan tahun permulaan dalam Rancangan FIDAK yang pertama (RF1). Perancangan strategik yang dibentangkan baru-baru ini telah menetapkan beberapa sasaran strategik dalam tempoh RF1 ini iaitu dari tahun 2007-2009. Sasaran-sasaran ini dibina berdasarkan perancangan strategik KNL yang lepas, perancangan strategik JIM, resolusi-resolusi berkenaan dan Ucapan Dasar Presiden ketika PKN 2006 baru-baru ini. Moga ia menjadi sasaran yang disepakati bersama agar kita sama-sama dapat menghayati perjalanan perjuangan ini dengan baik, Insya Allah.
Agenda 07 dan FIDAK 2015 perlu dilihat sebagai satu misi yang selari dan tidak sepatutnya dilihat secara terpisah kerana ia berada di satu jalan yang sama. Usaha yang kita lakukan juga perlulah selari di semua peringkat. Samada di peringkat nasional, negeri daerah, IPT ataupun KIG. Setiap peringkat mempunyai peranannya yang tersendiri dan membentuk satu sistem yang lengkap ke arah membentuk satu usaha ke arah FIDAK 2015. Oleh itu, besarlah harapan ana agar kita dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing sebaiknya, saling bantu-membantu, saling ingat-memperingati seterusnya membentuk satu pasukan yang kuat, Insya Allah. Moga Allah terus beri kekuatan untuk membentuk kesatuan ini.
Di dalam penulisan seterusnya, Insya Allah ana akan menulis berdasarkan hasil capaian utama di dalam perancangan strategik yang dibentangkan ketika MIN yang lepas. Moga Allah permudahkan.
Sekian. Jumpa Lagi!!
Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
FIDAK 2015 : Misi Ke-2 KARISMA
· Masyarakat kampus melihat sesuatu dari perspektif Islam
· Manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Islam secara Kaafah
· Nilai-nilai Islam dominan
· Fikrah Islam disokong dan disertai
· Fikrah Islam memimpin MPP, tanpa meminggirkan ruang penglibatan non-Muslim
· Penglibatan pelajar, pensyarah, kakitangan sokongan & pentadbiran, masyarakat kampus dan luar kampus
· Inter campus relation and shared vision
Dalam usaha mencapai misi FIDAK ini pula, terdapat enam bidang hasil utama yang dikenalpasti untuk ditekankan iaitu :
· TPSM
· Dana
· Targeted Tajnid
· Networking
· Public Opinion Leadership
· Pilihanraya Kampus
AGENDA 07
Sepintas lalu... Agenda 07
Agenda 07 merupakan wawasan jangka pendek KARISMA yang ditetapkan pada tahun 2004 berdasarkan sebelas cabaran yang digariskan dalam Ucapan Dasar Perhimpunan KARISMA Nasional (PKN) 2004. Sebanyak tujuh agenda utama yang telah disasarkan dalam Agenda 07. Tarikh 07 Julai 2007 merupakan ’tarikh akhir’ bagi agenda ini.
Secara ringkas, tujuh agenda tersebut ialah :
· 1000 Ahli yang mengikuti sistem pentarbiyyahan
· 500 RM pendapatan bulanan
· 100 Kepimpinan setiap tahun
· 50 IPT berstatus matang dan berpotensi
· 10 Negeri terancang dan aktif
· 5 KIG penglibatan ahli dalam medan
· 1 Pejabat KNL dan setiap K-Negeri
Friday, March 02, 2007
Ghuraba..

Thursday, March 01, 2007
Situasi Pendakwah (Bhgn 1)
“hai, hensem.. jom kita minum2, ringan-ringan dulu.. jom lah..” tanpa segan dan malu.
Jejaka tersebut berkata sambil menyumpah, “kau ni manusia ke syaitan? Setau aku Cuma syaitan je yang ajak manusia buat zina!” (dan terus hilang kemachoannya..)
Si gadis merasa terhina, lalu berkata, “woi, boleh blahlah! Ko ingat orang dengar mcmtu boleh ikut islam kau ke!ayat cover la sikit..pegi daaa!!!”
Analisis maklumat dan fikir:
1) pendakwah memang diseru untuk menyeru kepada Islam bukan dengan cara kekerasan, sebaliknya mereka perlu mendekati mad’u dengan maa’ruf, tanpa prejudis kepada mereka.
2) Pendakwah perlu menunjukkan izzah Islam sebagai satu agama yang mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Oleh itu, ketegasan juga perlu.. tak perlu buatkan orang yang memeluk Islam terasa lemah dengan lemahnya teguran yang akan kita buat.
Persoalan:
1) Antara menghampiri hikmah dan mengangkat izzah, mana yang lebih perlu untuk diutamakan?
2) Apakah ciri mad’u yang perlu diseru dengan hikmah dan apakah pula ciri mad’u yang perlu diseru dengan menguatkan izzah?
3) Bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghampiri hikmah dan dalam masa yang sama mengangkat izzah?
Apa pandangan anda?
Sunday, February 25, 2007
MIN 07
Alhamdulillah pada 24 Febuari 2007 (Sabtu) lepas, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa telah berlangsungnya Muzakarah IPT Nasional 2007 anjuran Karisma Nasional. Walaupun hebahan dikeluarkan dua minggu sebelum program diadakan, namun komitmen dan penyertaan dari pimpinan lokaliti (Negeri/Daerah/IPT/KiG) sangat menggalakkan. Objektif muzakarah ini adalah untuk :
- Berkongsi Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional di peringkat lokaliti
- Menjelaskan peranan Karisma Negeri, Karisma IPT dan KIG berdasarkan Perancangan Strategik 2007 Karisma Nasional
- Mewarwarkan takwim Karisma Nasional sepanjang tahun 2007
- Berkongsi maklumat rahsia kejayaan Karisma IPT, Karisma Daerah dan KIG yang terpilih
- Mengumumkan keputusan pemenang pertandingan iklan 1 Mad`u Sekurang-kurangnya 1 Penggerak
Moga pengorbanan antum yang datang dari jauh dan dekat berbekalkan semangat perjuangan yang tegar akan diganjari oleh Allah dengan setimpalnya. Buat ahli keluarga KnL yang bekerja keras dan bersengkang mata demi menjayakan program ini, moga TABAH HATI tak berbelah bagi..
Monday, February 19, 2007
Wahai mujahideen..
Surah Ash-Shaff : 4
Jangan Lupa...
(sekurang-kurangnya )
1 MAD’U BARU
.:TPSM KNL 07:.
Kerja BESAR untuk perubahan BESAR!

