Thursday, March 15, 2007

Di mana kita? Ke mana kita?

Tahun ini, pada 2 Mei 2007, KARISMA bakal mencecah umur lapan tahun dan jika dikira daripada tahun ini, ada lapan tahun lagi untuk kita menuju misi FIDAK 2015. Maksudnya, kita sedang berada di pertengahan! ! Kita sudah tiada masa yang banyak. Langkah perlu terus diperhebat. Moga Allah terus beri kekuatan kepada kita.

Pada tahun ini juga kita bakal menghadapi deadline bagi Agenda 07. Di mana kita sekarang? Sudah cukupkah usaha kita untuk mencapai ketujuh-tujuh agenda ini? Berapakah ahli yang mengikuti pentarbiyyahan di lokaliti kita? Sejauh manakah usaha janaan dana di negeri kita? Berapa ramai pimpinan baru di tempat kita? Banyak mana IPT yang telah diterokai di negeri kita? Negeri mana yang telah mempunyai KARISMA negeri yang berperanan? Adakah KARISMA Interest Groups (KIG) telah dimanfaatkan sebaiknya? Negeri manakah yang telah mempunyai pusat pengoperasiannya sendiri? Ini merupakan soalan-soalan yang perlu kita jawab bersama-sama.

Tahun 2007 juga merupakan tahun permulaan dalam Rancangan FIDAK yang pertama (RF1). Perancangan strategik yang dibentangkan baru-baru ini telah menetapkan beberapa sasaran strategik dalam tempoh RF1 ini iaitu dari tahun 2007-2009. Sasaran-sasaran ini dibina berdasarkan perancangan strategik KNL yang lepas, perancangan strategik JIM, resolusi-resolusi berkenaan dan Ucapan Dasar Presiden ketika PKN 2006 baru-baru ini. Moga ia menjadi sasaran yang disepakati bersama agar kita sama-sama dapat menghayati perjalanan perjuangan ini dengan baik, Insya Allah.

Agenda 07 dan FIDAK 2015 perlu dilihat sebagai satu misi yang selari dan tidak sepatutnya dilihat secara terpisah kerana ia berada di satu jalan yang sama. Usaha yang kita lakukan juga perlulah selari di semua peringkat. Samada di peringkat nasional, negeri daerah, IPT ataupun KIG. Setiap peringkat mempunyai peranannya yang tersendiri dan membentuk satu sistem yang lengkap ke arah membentuk satu usaha ke arah FIDAK 2015. Oleh itu, besarlah harapan ana agar kita dapat sama-sama memainkan peranan masing-masing sebaiknya, saling bantu-membantu, saling ingat-memperingati seterusnya membentuk satu pasukan yang kuat, Insya Allah. Moga Allah terus beri kekuatan untuk membentuk kesatuan ini.

Di dalam penulisan seterusnya, Insya Allah ana akan menulis berdasarkan hasil capaian utama di dalam perancangan strategik yang dibentangkan ketika MIN yang lepas. Moga Allah permudahkan.

Sekian. Jumpa Lagi!!

Mohamad Amirul Mohamad Letfee
Presiden
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

FIDAK 2015 : Misi Ke-2 KARISMA

FIDAK 2015 merupakan singkatan kepada Fikrah Islam Dominan di Alam Kampus menjelang tahun 2015 dan ia merupakan misi kedua KARISMA. Misi ini lebih kepada matlamat jangka panjang KARISMA dalam usaha untuk mendokong visi perlaksanaan syariah pada tahun 2020. Insya Allah. Sebagai asas, terdapat tujuh ciri utama yang membentu definisi FIDAK iaitu :

· Masyarakat kampus melihat sesuatu dari perspektif Islam
· Manusia berbondong-bondong masuk ke dalam Islam secara Kaafah
· Nilai-nilai Islam dominan
· Fikrah Islam disokong dan disertai
· Fikrah Islam memimpin MPP, tanpa meminggirkan ruang penglibatan non-Muslim
· Penglibatan pelajar, pensyarah, kakitangan sokongan & pentadbiran, masyarakat kampus dan luar kampus
· Inter campus relation and shared vision

Dalam usaha mencapai misi FIDAK ini pula, terdapat enam bidang hasil utama yang dikenalpasti untuk ditekankan iaitu :

· TPSM
· Dana
· Targeted Tajnid
· Networking
· Public Opinion Leadership
· Pilihanraya Kampus

AGENDA 07

Dalam kalendar tahun ini, tarikh 07/07/07 merupakan salah satu tarikh besar bagi seluruh ahli KARISMA. Mengapa? Kerana pada tarikh inilah, kita bakal menilai sejauh mana pencapaian kita dalam Agenda 07 yang telah dicanang sejak tahun 2004 lagi.

Sepintas lalu... Agenda 07

Agenda 07 merupakan wawasan jangka pendek KARISMA yang ditetapkan pada tahun 2004 berdasarkan sebelas cabaran yang digariskan dalam Ucapan Dasar Perhimpunan KARISMA Nasional (PKN) 2004. Sebanyak tujuh agenda utama yang telah disasarkan dalam Agenda 07. Tarikh 07 Julai 2007 merupakan ’tarikh akhir’ bagi agenda ini.
Secara ringkas, tujuh agenda tersebut ialah :

· 1000 Ahli yang mengikuti sistem pentarbiyyahan
· 500 RM pendapatan bulanan
· 100 Kepimpinan setiap tahun
· 50 IPT berstatus matang dan berpotensi
· 10 Negeri terancang dan aktif
· 5 KIG penglibatan ahli dalam medan
· 1 Pejabat KNL dan setiap K-Negeri

Friday, March 02, 2007

Ghuraba..


Sabda Rasulullah SAW menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa : "Islam bermula asing dan ia akan kembali asing, maka berbahagialah golongan ghuraba (asing).."
Sahabat-sahabat bertanya kepada baginda : "Siapakah golongan ghuraba ya Rasulullah? " Baginda bersabda : "Mereka adalah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan manusia.."

Thursday, March 01, 2007

Banjir Donation

"Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia".

Atau masukkan ke akaun JIM Johor di
Bank Islam Malaysia Berhad
Akaun no. 01014010010372
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun
http://hidayahnet.multiply.com
Palestine

Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
RM1 setiap bulan kepada Palestin


Masukkan derma anda ke dalam akaun:

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun: 12113010005797
http://palestinkini.info/

http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf

Situasi Pendakwah (Bhgn 1)

Di sebuah lorong, antara dua bangunan kedai pakaian terkemuka dan sebuah kedai karpet di tengah kesibukan bandaraya metropolitan Kuala Lumpur…Seorang gadis berpakaian serba singkat, berjalan melepasi seorang jejaka Muslim yang macho dan tampan pakaiannya.. lalu berkata..

“hai, hensem.. jom kita minum2, ringan-ringan dulu.. jom lah..” tanpa segan dan malu.

Jejaka tersebut berkata sambil menyumpah, “kau ni manusia ke syaitan? Setau aku Cuma syaitan je yang ajak manusia buat zina!” (dan terus hilang kemachoannya..)

Si gadis merasa terhina, lalu berkata, “woi, boleh blahlah! Ko ingat orang dengar mcmtu boleh ikut islam kau ke!ayat cover la sikit..pegi daaa!!!”

Analisis maklumat dan fikir:
1) pendakwah memang diseru untuk menyeru kepada Islam bukan dengan cara kekerasan, sebaliknya mereka perlu mendekati mad’u dengan maa’ruf, tanpa prejudis kepada mereka.
2) Pendakwah perlu menunjukkan izzah Islam sebagai satu agama yang mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan. Oleh itu, ketegasan juga perlu.. tak perlu buatkan orang yang memeluk Islam terasa lemah dengan lemahnya teguran yang akan kita buat.

Persoalan:
1) Antara menghampiri hikmah dan mengangkat izzah, mana yang lebih perlu untuk diutamakan?
2) Apakah ciri mad’u yang perlu diseru dengan hikmah dan apakah pula ciri mad’u yang perlu diseru dengan menguatkan izzah?
3) Bagaimanakah cara yang paling baik untuk menghampiri hikmah dan dalam masa yang sama mengangkat izzah?

Apa pandangan anda?